Thanks For Your Support

Tuesday, December 27, 2011

premium beautiful dan kawan baru

Sabtu lepas pegi kenduri kawin kakak pada sorang client premium beautiful ni kat kelana jaya. Rezeki tak disangka-sangka asal nye tak pernah kenal pun client ni. tapi diperkenalkan oleh kak kinah samad.huhuu.glamer jap nama kak kinah ye.anyway thanks kak kinah sebab kenalkan kitorg dengan hada. Friendly je hada ni. Ni la yang dinamakan rezeki yang tak disangka-sangka. Tak pasal-pasal kitorg dapat kawan baru yg happy go lucky macam hada.

Yang best nye kat kenduri kawin ni adalah foods dia. Hahaa. Biasalah sy ni bab makan memang suka giler. Alhamdulillah la dapat jemputan dari hada sekeluarga. Foods dia memang lain dari lain. Rasa nya masakan ala-ala negeri sembilan la. Ada masak lemak udang, ayam goreng, sayur kacang botor, perut, cendol, kambing panggang dan lain-lain. Kalau sebut lagi banyak kang mau meleleh pulak air liur korang.


Ni gambar hada after pakai premium beautiful. Nampak kan beza dia. Baru je dua minggu pakai. Sila abaikan gambar sy yang pakai baju rimau tu ye. Nampak macam ibu mengandung la pulak.huhuu.


Sementara pengantin makan beradap kitorg anak branak apa lagi posing dulu la kat sini. Dah tuan rumah bagi green lite so serbuuuuu. Curlasttt kan pelamin dia. Simple cantik menarik. Ni yang rasa macam nak naik pelamin lagi skali je ni.



Okay anak-anak pengantin dah abis makan. So jom kita plak gi isi perut.


Cantik tau dress pengantin dia secantik tuan punya badan.


Siap ada tarian zapin lagi dari penari cilik.



Huhuu. Sedap sampai tak toleh kiri kanan dah kitorg makan. Catering dia pun from negeri sembilan. Masak lomak ni memang fevret den.



Damia n danisha ni sebenar nye mamai-mamai lagi masa ni. dlm kete tadi masing-masing tido. Bila suh makan nasi tak mau pulak. Tapi sibuk suh kupas telur rebus yg tuan rumah bagi. Tak paham betul mama, punye la banyak lauk sedap-sedap kat sini tapi telur rebus jugak korang nak.



Lepas kenyang makan nasi dengan empat ketul ayam Sebelas ekor udang dengan cendol semangkuk, apa lagi time to posing with tuan rumah la pulak.



With hada. U look different okay. With premium beautiful body nampak lebih kemas. memang fungsi utama pb ni membentukan body kita and pb sangat effective untuk mengalihkan lemak-lemak ke tempat yg sepatut nye.



Buncit nye alahai anak-anak mama ni. tak pe, tak pe nanti korang dah besar sket tau la mama pakai kan size pb yang sesuai untuk korang ye. Confirm flat perut muncit anak-anak mama ni.



muka damia n danisha puas hati sbb dapat makan telur rebus.




Okayyy dah jom balik. Mama ada appointment ni.





Dd nak amik gamba buat style lompat-lompat plak.


Memang kanak-kanak riang betul la korang ni.



One two jumpppp…yeayyyy.



Haaaa..yg ni paling x semenggah. Mama plak yang over.


thanks to hada and family sbb sudi jemput kami sekeluarga datang ke majlis kawin ni ye. 
ni yang best ni buat business kasi orang sihat and cantik macam ni coz makin ramai pulak kenalan baru yang kami jumpa. Alhamdulillah.








Friday, December 16, 2011

our 1st bonus


i believe ramai yang besar bijik mata bila tengok angka macam ni kan. untuk orang yg pendapatan miskin bandar macam sy ni, amount sebanyak ni memang sangat-sangat diimpikan setiap bulan. okay kalau u ols nak tau ni la 1st income kami yang buat bisnez jual baju dalam ni. 1st income je dah cecah RM4,500.00

agak-agak korang la kan brape lama korang kena keje untuk dapatkan income macam ni??? anddddd bape jam sehari korang kena luangkan masa untuk dapat jumlah besar macam ni???

okay la thru my experience la kan, study amik degree je dah makan masa 4tahun. then keluar kerja je starting gaji tu pulak tak sampai pun RM1,500.00 (ni kira rate gaji 6tahun dulu ye now i rasa kebanyakan graduate starting with RM1,800.00) keje gedebuk gedebak setahun increment dalam RM70-RM100 je. bayangkan dalam masa 10tahun kita bekerja tapi nak dapatkan income sampai 3,000 pun amik masa yang terlalu panjang.fuhhhh.memang tak berbaloi.

tapi apa pun syukur alhamdulillah sebab di beri peluang merasa bagaimana suffer nye bila kerja makan gaji ni. dah nama pun makan gaji kan so duit gaji yang ada tu memang cukup-cukup untuk makan je la. nak buat shopping or cuti-cuti malaysia confirmmmmm ramai yang guna credit card.kan kan kan.... ;)

Enam tahun kerja makan gaji buat kan sy buka mata yang memang betul kita tak kan selamanya berada di zon selesa seperti yang kebanyakkan dari kita asik sebut2
"tak pe la tak banyak duit pun asalkan cukup makan pakai"
"tak pe la tak bawa bmw, audi or mecedez pun asalkan kancil aku ni boleh je aku usung ulang alik kampung"
"tak pe la itu...tak pe la ini...asalkan aku tak berutang banyak-banyak"
helllowwwww
cuba angkat tangan mana antara kita yang hidup tak berutang. korang beli kereta, rumah tu semua cash ke??? alhamdulillah memang hebat la kalau jawapan nye "ye"

actually just nak share je kat entry ni yang betul la kita sukar nak capai impian kalau kita just makan gaji aje. rezeki makan gaji ni 1/10 je. sebab tu Rasulullah S.A.W  ada berkata yg 9/10 rezeki tu adalah melalui BERNIAGA. alhamdulillah Allah dah lorongkan jalan yang betul buat sy dengan berniaga. Insya'allah jalan yang di buka ni akan sy gunakan sebaik mungkin untuk mengubah kualiti hidup sy yang dari biasa-biasa kepada yang lebih luar biasa.

tapi perlu ingat ye. tak de jalan mudah untuk seseorang tu berjaya melainkan dia sentiasa bersabar, berfikiran positif, sentiasa mendampingi orang-org yang berjaya dan paling utama sentiasa tau tujuan hidup kita di muka bumi Allah ni adalah kerana DIA. DIA jadikan kita cukup sifat untuk kita gunakan sebaik mungkin nikmat hidup ni tanpa hanya bergantung pada nasib. setiap orang dikurniakan kelebihan masing-masing. jadi focus la pada kelebihan yg ada untuk tingkatkan taraf ekonomi kita. bukan untuk diri sendiri je, tapi demi untuk keluarga dan juga ummah. 

bagi yang tercari-cari business apa yang boleh buat solid income every month tu boleh la cepat-cepat set appointment ye. boleh sy share kan macam mana kitorg generate income every month dengan hanya sekurang-kurangnya 2 jam je sehari duduk depan facebook, blog and berinternet.

Together EVERYONE ACHIEVE MORE!!

With the RIGHT GUIDANCE and MOTIVATION YOU TOO CAN SUCCEED!! 

012-3609814

 
BB Pin

257D41EB 












Tuesday, December 13, 2011

sm/ssm seminar 2011

10 December 2011 
Eastin Hotel

Ngantuk sebenar nye mata ni. dah dua hari tak tido lena sebab risau si penyamun tarbus sibuk nak datang melawat kawasan. x senonoh tau prangai cam tu. apa pun, sampai je kat eastin ni mata terus besar sebab tengok punye la ramai umat manusia yang dah grab peluang dengan business premium beautiful ni. bukan dari kl je tapi luar klang valley pun ada yg datang. ni la org kata kalau nak berjaya 1001 cara akan dilakukan and kalau tak nak tu sejuta alasan diberikan.

okay macam biasa posing-posing dulu sebelum seminar mula.


ingat kan sampai kul 7 pagi kat eastin ni dah kira awal la and boleh dapat tempat duduk depan. tapi rupa nye mak aihhh...ramai pulak yang datang lagi awal. dengan tak berapa best nye kena la duduk seat belakang. tu la padan muka aku. kan kak salha dah suh tido kat eastin siap-siap tak nak.


with my lil sis and my business partner SSM simaa
okay muka kitorg memang tak berapa nak sama la kan. dia sepet sikit and sy tak berapa nak sepet sgt mata tu. tp apa pun syukur Alhamdulillah kitorg tak disepetkan mata untuk tak pilih bidang business ni sebagai satu bidang yang wajib diceburi pada zaman la ni.


with Sha Jonet. my side line.

with mas shitah sarip. my side line jugak ni. very cool tau mas ni org nye. dok ngan dia memang gelak, makan, snap-snap pic je la keje kitorg.

okiesss..jom consume lactolite dulu before seminar n breakfast bermula. dari pengalaman lepas, makanan kat eastin ni memang mencabar keimanan sungguh untuk org-org yang sedang berdiet. foods dia semua sedap-sedap. finger lickin' good wa cakap lu walau tak de pun dia serve ayam goreng kfc kat sini. so sepanjang hari ni tak de la rasa bersalah sangat kalau makan tak hingat dunia sat lagi. sebab memang function lactolite ni untuk singkir/flush lemak yang tak patut simpan dalam usus kita. more info baca sini tentang lactolite

sebab tak de bliss yogurt so kocak kan dalam mineral water eastin ni je la. nasib baik rasa lactolite ni memang sedappp. so tak de masalah nak minum sampai abis.

ramaikan usahawan muda belia remaja yang attend seminar ni.


barisan speaker hebat group kami.
dari kiri : cdm mai, cdm hanis, bakal cdm sha, cdm salha


seminar dimulakan dengan penyampaian takwim syarikat oleh CDM Razali.
cool je CDM Raz ni. i loike. sempoi n bersahaja cara penyampaian dia.
rupa nye penting tau untuk kita follow agenda yang dah disusun pihak syarikat supaya kita tak kan mudah rasa ketinggalan dengan aktiviti-aktiviti yang dah diaturkan untuk kita. nak berjaya macam speaker hebat tu mesti kena follow takwim.


muka je nampak macam serius tapi pandai buat klaka tau cdm raz ni.

haaaa..!!! yang ku tunggu-tunggu sudah tiba. waktu sarapan bermula. fuhhhhh...memang sedap samosaaaa..nasi goreng...bihun...n cookies cicah sambal belacan tu tak yah cakap la...siap tapau bawa masuk bilik seminar.

my idol punye turn berkongsi tips macam mane nak market our business thru online. memang best ideas yang cdm salha share kan ni. sangat-sangat berguna.

next speaker. cdm maisarah. pun best jugak topic yang d sharekan ni. memang kalau ada master dalam business macam mana skali pun memang tak sama dengan pengalaman yang kita tempuhi dalam business premium beautiful ni. tak de dalam buku pun ajar macam mana nak berjaya buat business pb ni melainkan pengalaman kita sendiri.

menu untuk lunch.


salad n fruits


cheese cake, choc cake and puding ni memang superb.

after lunch and solat sambung pulak slot seterus nye by DDM sha khalid.

next.
perkongsian semangat by our great leader. cdm hanis haizi. the top beautiful agent.

memang dalam hidup ni perlu ada impian. 

 
dan impian tu pasti akan tercapai sekiranya kita berusaha tanpa jemu.

see...cdm pun salin nota jugak. ni kan pula kita yang masih dalam proses pembelajaran. lagi la kena take note.

with very supportive side line. best nye lahai dapat kawan-kawan macam korang ni. persaingan sihat saya diorg ni semua ;)


fuhhh...amik ko aura positif group kitorg ni. kalau rasa tak boleh tido malam je cepat-cepat la contact kitorg ye untuk appointment tentang cara generate 4,5,6 figures income dalam business ni.


dengan bakal CDM intan. kagum sangat-sangat dgn semangat intan. ibu yang sarat mengandung anak kedua ni pun boleh je buat business ni bersungguh-sungguh. 


with my dearie sideline...rafiedza. kitorg nye akrab tu walau jarang jumpe tp still boleh get along with each other. 


with iffa. slim je mummy ni sampai tak percaya i yang iffa ni dah ada anak ;D


with dewi. love her smooth skin. kalau nampak dia adik bradik mmg mata i tak kelip-kelip tgk.huhuu..memang cantik and very energetic dalam berbisnes.


with izyan. suka semangat izyan. sungguh cekal dan tegas orang nye.


haaa..ni rimau ni. badan je kecik-kecik cili api...tapi semangat juang dia sangat-sangat luar biasa. we will follow u adibah karimah ;) aummmm...


lagi sorang kawan baru yang sangat positif. aida. beruntung rasa dapat involve dalam dunia business macam ni coz sentiasa dikelilingi orang-orang yg beraura positif.

see...300 orang usahawan yang attend seminar sm/ssm ni. masing-masing berebut nak grab ilmu and semangat leaders yang dah berjaya n ada bukti kejayaan dalam business ni. jadi kita yang masih terfikir-fikir dan masih melengah-lengahkan masa untuk bertindak dan berubah tu tak kan la nak terus duduk diam tanpa ada sebarang tindakan kan? business ni kita buat sama-sama n sama-sama akan dapat kejayaan yang diinginkan.

with cdm Mai. comel je bertelekung.
after seminar. solat maghrib pulak. walau sesibuk mana pun kita jangan sesekali lupa pada NYA kerana segala rezeki yang kita perolehi semua dari DIA jugak. syukur sangat dipertemukan jodoh dengan group cdm hanis, cdm salha n cdm mai ni. walau sesibuk mana pun mereka Alhamdulillah tanggungjawab sebagai seorang muslimah tak dilupakan. sebab tu betapa cantik nya hidup ni bila kita tau menghargai nye.

Tahniah buat CDM hanis haizi and CDM Razali atas kejayaan seminar sm/ssm 2011 ni. 1st time la rasa attend seminar yg beraura luar biasa macam ni. 

Together EVERYONE ACHIEVE MORE!!

With the RIGHT GUIDANCE and MOTIVATION YOU TOO CAN SUCCEED!! 

012-3609814

 
BB Pin

257D41EB



Friday, December 9, 2011

penyamun tarbus

Ada orang kata buat apa banyak duit kalau hati tak senang??? Ada betul apa yg di katakan tu. Tapi cuba korang fikir balik…macam mana pulak kalau tak ade duit and hati pun tak senang??? Antara dua soklan ni mane korang prefer??? Kalau sy of coz sy pilih nak ada duit and nak hati senang. So kalau nak dapat dua-dua tu senang je…hati kena senang mau kasi cuci la. Jangan asik tak senang hati je tengok orang lain nak cari kesenangan hidup dunia akhirat.

Just imagine, kalau tak de duit, tetiba plak kena kes pecah rumah macam ni. Apa kita boleh buat??? Tak kan nak pinjam kat orang je keje nye. Nak repair pagar ko ingat free ke? Nak repair pintu yang kene kopak. Tombol yg kena pecah. Pagar yang kena umpil. Kalau kena umpit sikit-sikt tak pe la jugak. Buat nye pagar pun kena sapu sekali dgn penyangak tu ko ingat tak kena ke kuar duit untuk beli pagar baru n upah pasang???

Alhamdulillah…kejadian pagi tadi benar-benar buat kan sy rasa bersyukur sangat-sangat. Betapa Allah tu sayangkan hamba NYA yang kadang kala lupa dengan nikmat yang diberikan. DIA lindungi rumah kami dari di ceroboh pencuri. Sekaligus selamatkan nyawa kami sekeluarga dan harta benda kami dari di curi. Praise to Allah..thank you Allah for the blessings that you give.

Kisah dia cam gini…kul 4.30 pagi tetiba hati saya digerakkan untuk jangan tido balik lepas dengar bunyi tingkap dapur di buka and pintu rumah di tarik-tarik. Nasib baik pintu kayu blakang umah tu jenis yang hulk Hogan kalau nak buka pun putus urat kentut la di buat nye. Lepas beberapa kali dengar bunyi pelik n tengok anak-anak n suami ada tido d sisi terus sy kejutkan suami sbb rasa something wrong sedang berlaku di ruang luar belakang rumah. Nasib baik kitorg tido kat ruang tamu rumah tiap-tiap malam sebab malas dah nak tido kat bilik atas sbb payah nak bangun turun naik kalau damia n danisha nak susu. So mmg bilik kitorg n ruang tamu mmg dah x de beza..huhuu..kalau tetamu dtg je baru angkut tilam spring tu naik atas.

Nak pulak malam tu mmg x boleh nak tido sebab  nak check online bonus bisnez dah masyuk ke belom. Almaklum la bonus bisnez n bonus makan gaji tak sama. Bonus bisnez mmg kita akan tertunggu –tunggu sbb x tau brape yg kita akan dapat. Kalau bonus makan gaji tu dah boleh agak dah. Kalau tak dua bulan gaji paling banyak pun 3 bulan gaji. ;)
Pas tu danisha plak before tido tu punye la asik tak bagi je mama tutup pintu yang jadi pemisah dapur n ruang tamu. Thanks to u danisha. Kalau tutup pintu tu mau mama tak kan dengar punye bunyi orang nak pecah pintu blakang umah.

Kejadian pecah rumah area saujana utama  tu bukan sekali dua berlaku. Dan kalau berlaku pun bukan satu dua rumah je dia kasi pecah. Haiiii memang dah ala-ala penyamun dalam cite Ali Baba la penyangak area saujana tu. Bayangkan time raya dulu, lebih dari sembilan rumah dia kasi pecah dalam satu masa. Dan malam tadi pun agak banyak jugak hasil yang penyamun tarbus ni dapat. Coz jiran inform yang depan umah dia banyak wallet org lain yang di campak. Baik gak hati ko ye wahai penyangak. ko tak nak susah kan orang untuk buat ic, lesen bagai then ko campak n longgokkan satu tempat.

Hope kejadian macam ni tak kan berulang lagi. And pada pak polisi cepat-cepat la amik tindakan. Selalu lah buat rondaan. Ni tak… boleh masa kita buat report thru fon then dia kata “tengok la nanti kami ronda kat area sane plak sbb skrg ada kat coalfield.” Danggggg…fuhhhh…agak nye polis ni nak tunggu ada kes kapak mengapak baru dia nak datang amik tindakan kot. Ape pun thanks pada pihak polis sebab bila kol terus jawab. Thank u so much ;) bukan senang ye jadi polis ni. Nyawa sentiasa di hujung tanduk.

And now baru tau, untuk landed house after this kalau perasan ada kes macam ni cepat2 bunyi kan alarm kereta biar semua jiran tetangga bangun n berhati-hati. Tadi blur-blur jugak macam mane nak inform jiran sebab just tau no Chinese sebelah umah je. Kesian kat jiran lain yang rumah d masuk penyangak tegar tu. So guys hati-hati ye…pastikan tiap kali before tido kunci semua pintu, tingkap, kereta, duit and barang berharga letak kat tempat selamat and amalkan baca doa kursi dan ayat2 suci yang lain. Insya’allah pertolongan dari Allah sentiasa ada.

semoga Allah terus pelihara kami dari kejahatan dan kemungkaran.
macam ni la kot muka budak2 ni kalau la betul penyamun tu dapat masuk rumah kitorg pagi td..huhuu..haruuuu.

Ni la keadaan tingkap yg malaun tu keje kan. Alhamdulillah tak de kerosakan besar berlaku. Just pagar luar umah tu je kena repair sikit. Bunyi pintu kayu tu la yg buat kan sy terus bertindak utk bangun kejut kan husband n confirm lintang pukang diorg lari.
Sib baik ko kembang wahai pintu kayu. So sgt2 ketat diorg nak tarik pintu tu dari luar.





Saturday, December 3, 2011

premium beautiful ~ car fund project

one of the perks from the business is 'CAR FUND' whereby a qualified agent will get this bonus from the company. Meaning you dont have to pay for your car, coz it is FREE!!!

jom layan video ni ;D

.

credit to bakal CDM alfaath.co


woweeeee...!!!! dari berangan boleh jadi kenyataan. tak caya??? ha tolong la cepat2 berangan babe...bawa BMW mmg totally different dgn kite bawa kereta biasa.



alhamdulillah..best nye dapat jugak merasa bawa BMW. untuk yang tak pernah drive BM mcm sy ni mmg rasa excited sgt la. tapi untuk yang dah biasa bawa confirm korang tau kan ape yang best n special sgt nye kete mahal ni. bukan untuk show off tapi lebih untuk keselamatan.




so pada u olls yg berimpian nak pakai kereta idaman, x kisah la ape jenis kereta skali pun cepat2 la set appointment with me n i will guide u all along the way untuk capaikan matlamat dan impian korang. jgn malu jangan segan. sbb klw nak berjaya kena berani memburu impian. kalau nak malu2 jugak, biar lah malu bertempat k ;)

call me a.s.a.p
012-3609814

BB Pin
257D41EB