Thanks For Your Support

Tuesday, September 8, 2015

Husband Birthday Celebration at Flora Kafe Ampwalk



Alhamdulillah surprise menjadi!
 First time celebrate birthday husband macam ni...love u sayang...Thank You jadi suami, ayah n sahabat terbaik buat kami sekeluarga 
😘


Ayat en hubby yang paling kelakar sebelum keluar rumah tadi "kenapa nak jumpa client pakai macam ni...tak sesuai langsung...macam nak pegi kenduri kawin je.." 

Hahahahaa...ok sekarang faham kan, memang saya bukan nak pergi kenduri kawin, tapi pergi menghangatkan perkahwinan kita yang dah masuk tahun ke 9...doakan kami bahagia dunia akhirat. 


Sorry sebab bohong cakap nak pergi appointment dengan client. Mesti ingat saya nak pergi appointement dengan Datin mana la kan sampai pakai baju chiffon pink ni...hehee. Best pulak bila rancangan yang baru je plan pagi tadi dah berjaya dilakukan. Siap mama pesan kat Damia n Danisha "shhhhhh jangan bagi tau ayah tau kita nak pegi sambut birthday ayah malam ni"


 Penyimpan mohor besar mama. Damia n Danisha thank u..muah ciked.




 Ni deco dalam Flora Kafe Ampwalk

 Service Flora Kafe ni memang terbaik.
Highly recommended untuk uol yang tercari-cari kat mana tempat yang sesuai nak candle light dinner or celebrate birthday family yang lain. Tapi kena deal awal sebelum datang dengan person incharge.


Asam Pedas Sedap. Nak repeat makan sini lagi.

Daging masak kicap.

Lauk pauk Flora Kafe ni memang sedap especially asam pedas tu.
Berbaloi la harga dengan service yang di beri. Almost RM200 untuk dua dewasa dua kanak-kanak. Budak bukan makan sangat pun kan so memang kalau uol nak amik pakej macam sal ni, amik yang pakej berdua je. Sebab untuk budak just tambah nasi je.





Alhamdulillah licin kami makan.
Sedap tau lauk kampung flora kafe ni.

My happy family.
Muhammad Danish Shafiq je kena tinggal jap dengan maktok. Tq mak, tolong jaga Muhammad. Masa makan ni punye la fikir, kalau la bawa Muhammad ni mau habis semua alas meja dan bunga-bunga di tarik nye...Dan terfikir jugak, kalau nak celebrate birthday kat sini memang best sebab semua dah tersedia n tempat pun cantik cuma untuk buat dengan anak-anak kecik yang tengah pandai meneroka dunia rasanye tak berapa sesuai celebrate kat tempat macam ni.


Nak bina masjid memang senang. Tapi nak kekalkan harmoni dan bahagia dalam rumah tangga tu yang penuh cabaran. Biasa lah, iblis tu kan Jahat! Benda yang halal semua dia nak hasut supaya nampak tak best, tak menarik, tak cantik, tak baik..senang kata perangai setan ni memang keje dia leraikan mana yang positif jadi negetive. Semoga Allah kurniakan kesabaran dan kebahagiaan buat kita semua dunia akhirat. In shaa Allah Amiin.


Kek ni free je Flora Kafe include dalam package. Ok la untuk yang tak berapa rajin nak renyah renyah macam sal ni sesuai sangat amik pakej ni sebab kek pun dah siap ada dah.


Happy birthday sayang!
Yang ke??? Heeee...
Sal n husband beza 7 tahun. Mean masa husband darjah 1, sal baru je tengok dunia. Alhamdulillah rezeki dapat jodoh dengan suami yang matang jadi memang jarang sangat lah kami gado besar ;D









Reservation couple

PAKEJ ROMANTIC CANDLE LIGHT DINNER di Flora kafe ampwalk ada 2 pilihan makanan.

Pilhan pertama adalah - 
set makanan barat
* Rojak buah (starter) sharing berdua.
* (maincourse) pilih salah satu diantara berikut : fish n chip / chicken chop / bolognese /carbonara / seafood aglio olio.
* bubur manis eg.pengat pisang (dessert)
* cake diberi PERCUMA!
* air sirap FREE FLOW!
* harga RM192.50 untuk berdua(2).





Pilihan kedua adalah - 
set masakan kampung
Menunya  adalah spt berikut:-
- Nasi putih dihidang bersama lauk-pauk spt Asam pedas ikan jenahak,Daging masak kicap,Ayam goreng berempah,Sambal udang dan Kailan ikan masin (kesemua hidangan lauk-pauk ini akan dihidang diatas meja anda serentak). 
* bubur manis eg.pengat pisang (dessert)
* cake diberi PERCUMA!
* air sirap FREE FLOW!
* harga RM192.50 untuk berdua(2).

Meja makan anda akan dihiasi dengan LILIN,GUBAHAN BUNGA & ALAS MEJA
(Standard set up table decoration)
 Sila rujuk pada gambar untuk contoh menu hidangan,hiasan meja makan dan juga saiz kek yg kami sediakan.
Sila nyatakan pilihan makanan anda.


Caj RM70 extra untuk hiasan belon helium seperti dalam gambar.

Uol boleh contact this person yang incharge booking untuk Flora Kafe ni and yang sangat pantas memberi respond pada client. Good service Mr Azizi...
017-319 0203

Ops! Tu rate harga masa sebelum GST dilaksanakan ye. New price sal tak pasti berapa Flora Kafe charge. uol boleh whatsapp or call terus no fon yang tulis tu.

Monday, September 7, 2015

Premium Beautiful Expert : Monday Appointment at Rawang



Good things take time so be patient... Agak miracle bila hari ni buat esok dah boleh berjaya jadi kaya...sedangkan nak melahirkan pun ada proses...tak pernah lagi hari ni pregnant esok bersalin ;)
#TLCmastertrainers


Children need ur presence more than ur presents ;)
#MotherOfThree


Dinner before 7pm.
Hari ni mama tak nak follow menu uol tapi uol perlu accept je  apa yang mama order ye. Sebab selalu sangat kalau anak-anak yang order, memang they all tak habis makan pun end up kena tapau bawa balik n ayah yang habiskan. So now biar mama decide apa yang kita nak makan hari ye ;)


Ke Rawang service client...Hari ni bawa BFF jalan jauh sikit...dah berbulan asik jalan pegi kedai je 😄

#BawaAlzaMercTinggal
#PremiumBeautifulExpert


For Premium Beautiful Special Promo contact me.
Product SHOM yang lain pun sal jual:
Marine Essence
Shampoo Marine Essence
BVSM
Mineral Coffee
Garam Buluh
Garlic Hai-o
Bio Seleza Pad
JTX 1000 Gold
Bio Zone Food Purifier
Herba Maharani
Bio Ever Nano Cream



SALLEHA ROSLAN
011-1631 1641




Morning Run 10km with Premium Beautiful



This is how i spent my monday morning...sweat mode on!!!

I love workout with Premium Beautiful. Pakai Corset jenama PREMIUM BEAUTIFUL memang tak kan panas dan rimas bila anda bersenam berbanding dengan jenama puluhan ringgit. As an Expert, bila check balik kebanyakkan case pengguna PB tak selesa pakai PB corset adalah bila mereka pakai pb especially part waist nipper tu terlalu ketat. Tanggapan anda mungkin "corset perlu di pakai ketat" tapi sebenarnye corset Premium Beautiful berbeza dari corset lain kerana ianya hanya perlu di pakai sedap-sedap melekap badan je. Tak perlu ketat hingga senak dan menyakitkan tetulang badan anda kerana Premium Beautiful sendiri di reka exclusive bersama tetulang memori yang tak berkarat dan sangat mengikut lentur tubuh badan anda.

Sal dah pakai Premium Beautiful hampir 4 tahun.
Sepanjang 4 tahun ni baru sekali je hantar repair PB Corset ni untuk dijahit di area girdle yang tercarik akibat lama digunakan. Best kan PB Corset ni. Siap boleh hantar repair FREE OF CHARGE bila bila masa tanpa resit.

Untuk anda yang dah lost contact dengan agent PB anda dan tak tahu mana nak service untuk repair set Premium Beautiful anda, boleh terus hubungi HQ kami di 03-33488588 dan bercakap dengan customer service yang sangat mesra pelanggan. Untuk yang berurusan jual beli Premium Beautiful dengan Salleha Roslan, anda boleh terus hubungi sal untuk service baik pulih percuma ni ye ;)


Yang nak dapatkan New Set Premium Beautiful dengan harga special boleh segera hubungi Sal untuk sebarang pertanyaan.



SALLEHA ROSLAN
011-1631 1641



Saturday, September 5, 2015


#JanganMembangau
Jom sama-sama fahamkan budaya membangau ni...macam lawak pun ye jugak sebab dulu sal tau nyanyi je :D

Budaya Burung Bangau -
‘Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?’
‘Macamana aku tak kurus, ikan tak nak timbul...’

Penudingan jari bermula just becoz bangau kurus je, akhirnya berterusan hinggalah pada punca masalah iaitu ular yang nak makan katak. Lastly tak de siapa yang untung. Mungkin ular je la yang untung sebab dia boleh baham je katak tu.

Tapi disebabkan semua pihak, terutama bangau yang tak boleh fikir jauh sikit bila ikan tak nak timbul, sedangkan bangau boleh terbang untuk ke kawasan lain yang ada ikan.. Mungkin disebabkan bangau malas nak berusaha, malas nak cari jalan lain, malas nak terbang, maka jalan pintas ialah salahkan ikan. Ikan pula salahkan rumput. Rumput pulak salahkan kerbau... dan begitulah seterusnya menyalah orang lain sebab diri sendiri tak mampu nak hadapai sesuatu perkara. Adakah kita still nak jadi macam burung bangau???

Berhenti salahkan orang lain atas kegagalan kita. Seringkali seseorang mengkambing hitamkan orang lain atas kegagalan yang dialaminya. Ni adalah sikap yang sama sekali tak kan menghasilkan jalan keluar.

Ingat macam ni je, masa depan kita tanggung jawab kita sendiri. Tak de sorang pun yang dapat halang kita untuk berjaya bila kita menginginkannya. dan tak de sorang pun dapat membuat kita berjaya bila kita tidak menginginkannya.

#SembangMalamMotherOfThree
www.salleharoslan.com

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Open a book and you open your mind.

Tanamkan budaya membaca...
Membaca jambatan ilmu.. Dulu selalu dengar perumpaan macam ni...tapi memang betul pun kalau nak berjaya memang perlu ilmu. Antara cara untuk dapatkan ilmu adalah melalui pembacaan...Mula-mula memang tak biasa. Tapi bila paksa diri in shaa Allah lama-lama akan jadi habit yang kita sendiri akan terbiasa.


Rasa nye hari ni sal update ON TIME la.
Hahaa terlebih masa agak nye ni.

Mama told Damia Danisha n Danish to be quiet in the library.
Tu yang Danish tunduk diam seribu bahasa.
Jenuh lah tu dia nak fikirkan macam mana la nak control mode dia yang confirm tak reti duduk diam tu. Hahaa.





Lokasi library ni terletak di seksyen 13 Shah Alam.
 Senang je nak cari Perpustakaan Raja Tun Uda ni sebab banyak je signboard yang akan assist kita untuk sampai ke sini. Landmark nak ke lokasi ni uol cari je PTPL and Kelab Golf Shah Alam.. Buka setiap hari isnin sampai ahad. Kecuali PUBLIC HOLIDAY. Waktu operasi Perpustakaan Shah Alam ni dari 9.30 pagi n sampai 9 Malam. So memang sesuai sangat kalau tak sure nak ke mana dengan anak-anak tu uol boleh je ke Perpustakaan Shah Alam ni...Facilities dia pun ok. Dari 10 markah sal bagi 8 markah untuk library ni. Coz surau, parking, cafe, layanan staff di counter pun memang ok.


The readers of today are the leaders of tomorrow.
Not all readers are leaders, but all leaders are readers.







 Muhammad Danish Shafiq memang kerja dia meneroka seluruh pelusuk perpustakaan.




 Membaca buku cerita jawi. Pisau yang tajam kalau tak di asah pasti akan berkarat. So mama join sekali la Damia n Danisha baca buku tulisan jawi yang bertajuk "Aku sebuah akuarium"






 Ni view kat belakang Library Shah Alam. Very nice view.


Sekarang ni en suami memang menggila amik gambar OOTD cik isteri. Haha. Bagus la. Cik isteri memang suka sangat!

Waktu perkhidmatan PPAS.


Tengah tunggu ayah datang bawa kereta amik kami depan pintu library sebab hari hujan. Kami parking seberang jalan perpustakaan. 


 Naik kereta tadi punya lah riuh. Huha macam-macam cerita.
Lepas beberapa minit kemudian terus senyap sepi. Mama pusing belakang tengok semua lena di ulit intan. Sedap la tu tido dalam hujan.


Banyak sangat la tu buku yang di baca tadi sampai keletihan semua :D

Mengidam Chanel



Di tengah malam yang hening ni Mengidam sejenis bag Chanel warna hitam...haaa sudah! Memang kena pergi dapatkan ni sebelum menjejes air liur.

Ramai jutawan yang berjaya hari ni dilahirkan hasil dari "Berangan"
Kalau tanya diorg pun, memang diorang akan jawab "berangan dulu sebelum capai sesuatu."

Tapi kena faham yang mereka bukan angan-angan kosong. 
Angan mereka dah tentu sekali dengan tindakan. Kan ke rezeki Allah yang bagi...jadi kenapa tak berani nak submit doa melalui angan dan tindakan? Jom berangan jom...sal berangan sangat nak pakai Chanel Maxi or Medium Black ni. Doa-doakan ye tercapai hasrat nak merasa reward diri dengan handbag favret kaum hawa ni.

Oh My Chanel!


#chanel #dreamcometrue #dreamer #makeithappen #rewardmyselfwithchanel

Friday, September 4, 2015


Alhamdulillah it's Friday! 
Best nye pagi-pagi dapat mengeteh sesama dengan husband ;)



Wednesday, September 2, 2015

TLC Next Big Project 2015



Happy people plan actions, they don't plan results... A goal without a plan is just a wish... Buat business tak boleh ada budaya harap-harap...





Join us if you are looking for great opportunity to get your 1st five figure income


#TLCmastertrainers
SALLEHA ROSLAN
011-1631 1641