Thanks For Your Support

Saturday, November 18, 2017

Pengalaman Melancong Ke Tangalooma Island, Brisbane Australia

Alhamdulillah ni kali kedua sal diterbangkan secara percuma ke bumi Kangaroo, Australia. Dan kali ni sal pergi bawa suami dan rakan kongsi sekali.


Dah tiga bulan peram kisah melancong ni. Almaklumla, sal ni kaki pendam. Bukan dendam tau. Beza, pendam dan dendam ni. Tak baik dendam dendam. Buat iman cepat padam.

Sal Pendam kenangan manis kami di Tangalooma.

Manis sangat kenangan tu sampai tak terluah dengan kata-kata. Ecehhh.

Masa company kata nak belanja pergi Tangalooma, dalam hati terus tertanya, apa ke benda Tangalooma tu. Nama macam Africa sikit je. Sikit la. Huhuu. Rupanya Tangalooma tu adalah nama tempat. Tempat best pulak tu. Kira one of the best private island in the world. 


Serius memang best. Tak caya jom la tengok gegambar yang boleh buat uol muntah, bila scroll tak berenti sampai ke bawah. Ni baru gambar hari berlepas kat KLIA dan hari pertama jejak kaki kat Tangalooma Island, Brisbane Australia ni. Uol tolong la doa-doakan sal akan rajin untuk update second day, third day dan hari-hari berikutnya. Sebab biasanya setiap kali update tentang melancong ni, sal memang akan rajin update untuk hari pertama je. Huhu. Masuk next day dah jadi lemau. Huhu


Orang Australia kata, diorang sendiri jarang pergi Tangalooma Island ni. Sebab private island ni high cost kalau nak jadikan tempat santai-santai.



Hari ni hari ahad. Dari pagi dah bersiap. Nak urus tiga buah hati yang bakal di tinggalkan sementara. Flight around 5pm. Kami akan transit kat Changi Airport Singapore dulu. Sebab naik Singapore Airline kan. So From KLIA To Singapore tu wajib. Macam 1st experience sal ke Gold Coast tahun 2014 dulu pun sama. Kami perlu transit kat Singapore dulu untuk Ke Brisbane.


 Ni dalam perjalanan dari rumah nak ke rumah mertua. Nak Hantar Damia Danisha Danish. Dalam hati mau tak sebak. Coz sal memang kurang gemar travel tanpa anak-anak. But maybe this is our "ME TIME" untuk sal dan husband selama seminggu ni ke Brisbane Australia. Tak sempat nak beli breakfast, so singgah jap kat KFC then makan terus dalam kereta. Tak boleh tahan lapar dah. Many thanks to Paidi Hasan sebab sudi jemput dan hantar kami sekeluarga dari rumah ke rumah mertua, then dari rumah mertua ke Airport.



Tema hari kat Airport ni is Black and White. Jadi sal pilih dress belang ni dan pakai dengan boot HM. Menjawab la nak buat body checking nanti. Sebab biasanya, bila pakai boot, confirm kat bahagian security tu kita kena buka boot. Untuk jalan jauh, memang sal suka pakai boot. Sebab selesa nak bergerak ke, nak berlari ke, tak risau kaki kena pijak. Tapi sebenarnya, dalam luggage ada lagi stok kasut lain. Hehhe. Perempuan kan. Tak tulen perempuan la namanya bila travel tak bawa berjenis kasut.

Opsss! Abang belakang tu tak de kena mengena dalam kisah ni tau. Boleh pulak mat salleh tu terselit di balik gambar salleha kan. Dah la pakai baju jalur hitam putih sama :D



 Malu-malu kucing pulak bila sesekali kena jalan berdua ngan en suami. Eeeee. Macam baru kawin pulak feel dia. Hahaa. Sebab tu, sesekali tu try spend masa berdua je ngan pasangan. Biar loving tu mekar balik macam memula bercinta dulu. Nak pulak bila kita ni dah lebih 5-10 tahun kawin. So bagi chance la ye. 



Rezeki lagi kali ni bila dapat bawa suami ke Australia pulak. Lagipun memang sal sekarang ni hanya akan travel kalau suami ada sekali. Sebab senang, ada orang tolong usung bag, tolong layan kita punya OOTD, jadi tempat pinjam bahu bila penat berjalan. Best tau, dating berdua dengan suami kat oversea. Memang balik dari travel, kasih sayang tu makin kuat lagi.



 Belum apa-apa lagi dah kena spot check dengan Puan Kastam kat KLIA. Alamak. Hehee. Ni hanya lakonan semata-mata. Puan Kastam ni adalah our protege dalam business Premium Beautiful ni. Beliau memang bertugas di bahagian kastam Di Raja KLIA. Bila ieka Kimieka tahu je kami ada di Airport, terus di serbunya dandi escort lagi sampai ke balai pelepasan. Rasa macam VIP pulak.


 Thank u Sasha Bern datang KLIA untuk hantar kami ke Australia. In shaa Allah next trip, Asha and Bern pun confirm akan merasa Free Travel with SHOM.


 With my family member in Business.

 Next Free Trip is Seoul, Korea.




 Geng abang-abang yang very supportive.


 Ni dalam train nak masuk ke perut SILK Air dulu sebelum transit masuk SIA.


 Uol mesti kata sal ni pelik ke, poyo ke, ntah pape ntah kan bila sal cakap sal kurang suka Travel. Huhu. Serius. I don't like travel. Travel yang naik flight la. Sebab sal memang sejenis yang fobia dan rasa renyah dengan flight. Sal sejenis yang tak kan tido atas flight. Takut sampai tak boleh nak tidur tau. Kalau kata pergi europe 22 jam, 22 jam la sal takkan tidur. Tu yang kurang gemar bila travel melibatkan flight. Nak ke Brisbane Australia ni, Pejalanan ke singapore dalam sejam. Then sambung lagi dalam 6 to 7 hours untuk landing ke Brisbane pulak. So uol just imagine la, berapa lama sal tak tido? Sampai Brisbane nanti sure subuh, then terus sambung aktiviti yang dah disediakan.


Let's follow me.


Bila dapat duduk tepi tingkap ni semua nak snap. Ni view dari atas flight. Silk Air ni lalu kat Port Dickson la ni. Tu yang nampak Lexis Hibiscus di balik awan biru dan senja nan merah. Tak caya tengok gambar kat bawah ni pulak. Memang tengah senja nan merah masa kami berlepas dari KLIA ke Singapore.


Your wing already exist. All you have to do is FLY.

Alhamdulillah. Selamat landing dengan jayanya di bumi Kangaroo. Almost 7 hours dalam flight, pejam tak boleh tido, akhirnya sampai jugak. Dan semestinya, bila dalam flight, rancang utama yang sal akan tengok adalah rancangan "peta dunia" :D
Haha. Iye. itu la dia main channel yang sal akan pasang sepanjang dalam perut kapal. Tengok peta dengan harapan cepat la sampai. Sekarang ni dalam pukul 6 pagi waktu Brisbane. Pukul 6 sini, cahaya dia dah macam pukul 9 pagi Malaysia. Beza waktu Malaysia dan Brisbane Australia ni dalam 2 jam. Kalau Malysia pukul 4 pagi, Australia pukul 6 pagi.


 Dah sampai Airport, memang kena masuk toilet, berus gigi, basuh muka then salin baju. Lepas tu terus cari simkad. Rasa duduk dalam gua kalau tak whatsapp, instagram dan facebook tak function. Yang bestnye, denga 10 AUD, guna la internet banyak mana sekali pun, tak habis-habis data bak hang. Meman berbaloi la. Tak faham la, kena 10 AUD dia tu tak habis-habis walau sal bedal semua jenis social media siap google and youtube memacam benda. Kalau data digi RM10, memang sekejap je dia dah minta nyawa. 



Hari ni tema kami merah hitam. Sal pilih untuk pakai seluar dari Ladylike, baju putih ringan kat dalam, dengan jaket hitam yang beli kat Time Square. Memang beli khas untuk ke Tangalooma. Ok la RM89 untuk sekali pakai. Huhu. Kasut pun tukar. Pakai kasut baru jugak. Bau kedai lagi. Memang kalau pergi travel, semuanya nak kena baru. Kasut sport wedges ni sal beli kat ALDO Setia Alam. Memang sedap pakai. Dan rasanya sepanjang 5 hari ni sal pakai sentiasa wedges Aldo ni. Beli color putih senang nak match dengan apa color baju pun.


Mak dara berposing jap sementara tunggu mat salleh Australia tolong susun bag kami masuk bas.


 Apa yang dibincangkan tu? Rahsia :D


En Husband kata pokok ni tak de kat Malaysia. So wajib bergambar kat pokok ni. Udara dia pun ya Allah... Sejuk dan nyaman je. Rasa segar bila tembus hidung. Sejuk dia tu macam duduk dalam chiller peti ice.


This is our tour guide. Lupa dah nama dia. Hahaa nampak tak? Baru 3 bulan dah lupa. Best chinese Malaysian Tour Guide ni. Boleh dikatakan semua tour guide yang SHOM provide memang best best belaka.


 Tak sempat panas punggung dah sampai dah. Sekarang berjalan nak naik cruise menuju ke Tangalooma Island. Kat sini dah mula rasa dingin je. 


 Let's follow us. Kita nak naik cruise dah. Uol jangan tanya sal bab berapa RM cost naik cruise, cost makan, cost hotel, cost flight semua tau. Sebab sal memang tak tau. Coz semua perbelanjaan kami ke sini SHOM yang belanja. FREE of charge. Kalau dalam poket ada sepuluh hinggit pun in shaa Allah kenyang makan. Sebab semua SHOM Belanja.


Tetiba ada mat Australia ni offer nak amikkan kan gambar kami. So ok aje. Layan.


Waves inspire me. Not because they raised high. But because they leap up again after falling.







 Kat tengah laut ni dah mula sejuk sangat dah.





Ada tak macam Che Ta ngan Zain. Hahaa. Memang tak lah kan. Ala gurau pun tak boleh.


Layan la video ombak rindu dari kami. Salleha dan Halmie.


Alhamdulillah almost 1 hour atas cruise, kami dah jejak kaki ke Tangalooma Island. Memang sampai-sampai terus jakun. Sebab cantik sangat pulau Tangalooma ni. Dan briefing untuk aktiviti petang ni terus disampaikan oleh wakil pengurusan Tangalooma Island ni.


Orang Australia ni memang suka melawak. Cara tegur orang pun sangat berlapik, Kiranya tak laser la.


Tangalooma ni sejuk, Tapi panas. Cam mana tu? Tu yang macam ni la jadinya. sampai berbalut penuh muka nak elak dari sunburn.


SHOM kalau bab makan memang tiptop dia bagi. Memang tak sempat nak lapar dah kena makan lagi.


 Yang bestnya, banyak makan sayur dan ikan.


Ni antara lauk lunch. Yang kuah tu sup labu. Nasi pun ada. Di sediakan khas untuk tekak melayu. Walau lauk dia adalah menu arab.

Lepas makan, bergambar, terus masuk bilik. Dapat rest dalam sejam sebelum keluar main pasir halus kat Moreton Island pulak. Buat sand boarding.


Bila dah pinjam baju mandi anak ni, terbawa-bawa perangai anak sekali. Tu yang lupa diri jadi kekanak ribena pulak dah. Selesa la pakai swimming suit dari Bella Ammara ni. Yang kagum nya, baju mandi ni anak sal, Damia beli hasil duit dia menyimpan. Memang sal tak simply bagi anak duit macam tu je. Sal terapkan, kalau nak beli sesuatu, mesti buat sesuatu. Means, kalau nak beli handphone ke, baju idaman yang ratus ringgit macam ni, mesti kena buat kerja atau simpan duit belanja. Tak nak ajar diorg simply boleh dapat duit macam tu je.


Bercinta nak daki ke puncak.
Sama je kan konsep dia untuk berjaya dalam apa bidang sekalipun. Memang tak mudah nak sampai ke atas. Kena mencungap dulu, keluar peluah, termengah-mengah semput, then yang bertahan, pasti akan sampai ke puncak, Dari bawah ni nak ke atas tu dalam 200 meter jugak.



Tu dia. Macam ni la gaya meluncur pasir. Pasir dia halussssssss sesangat. Tenggelam kaki kita bila pijak.






 Try la uol. Jadikan Tangalooma Island ni sebagai tempat percutian lepas ni. Memang terbaik. Cuma bab makan je la, kalau uol pergi sendiri akan ada sikit kesukaran. Coz dia memang private island. So bab makan uol kena manage bawa sendiri ke. Macam sal, SHOM memang dah sediakan chef khas untuk masakan special menu untuk kami.



 Premium Beautiful Expert in Tangalooma Island, Brisbane Australia.


Jom tengok Wild Dolphine makan.


After bagi wild Dolphin makan, kami pulak makan. Lepas makan terus balik bilik. Tak lalu nak keluar pegi pantai sebab sejuk dia menusuk tulang. Sejukkkkkk sangat.


Cinta di Tangalooma. Cewah. Hhahha time ni la nak berangan bujang kan. Masa ni baru pukul 5. Tapi dah gelap macam pukul 8. 


Ok in shaa Allah jumpa lagi di episode akan datang. Mudah-mudahan rajin la nak up entry hari yang seterusnya. Ni tak masuk lagi hari ke Dreamworld, Naik Menara tertinggi di Gold Coast, Malam Gala Dinner ;)


LOVE TANGALOOMA



Min Cha Favourite Tea Miss Fazura



Ready nak keluar lunch ke? Sal baru nak breakfast. Cian kita selalu lambat minum pagi.

Sal nak share tentang teh sihat pilihan Fazura
Teh kesukaan 'Yang Paling Manis'. Tapi teh ni tak manis tau. Sesuai diminum oleh anda yang ada kencing manis Sekalipun.

Mesti ada sebab kenapa YPM suka teh Min Cha ni. Sebab paling utama, kandungan Premium Quality Black Tea Leave dan Garam Buluh yang ada dalam Min Cha teh ni sangat hebat untuk cantikkan kulit. Tinggi antioksida kan. Bayangkan betapa halusssssssnya kulit Fazura. Makeup pun tak tebal. Sebab kulit dia memang cantik dah.

Antara Ingredient yang ada dalam MIN CHA TEA ni adalah TEH HITAM PREMIUM QUALITY

Bukan Teh Biasa.
Patut la Fazura dan Salleha suka sangat minum Min Cha Tea. Rupanya banyak kebaikkan yang ada untuk setiap sachet.

Salah satu ingredient utama yang ada dalam Min Cha Tea ni adalah TEH HITAM PREMIUM QUALITY. Sal memang suka makanan or benda-benda yang datang dari "Premium" quality ni. Sebab tu i love Premium Beautiful.

Teh hitam ni memang tak seglamor teh hijau lagi. Jadi meh sini sal share, apa keistimewaan #TehHitam #MinChaTea ni.

Teh hitam ni kandungan kafein dia sangat rendah. Kalau minum selalu pun tak de masalah. Sebab teh hitam high in antioksidan dan phytonutrient yang berguna untuk tubuh bersihkan racun dalam badan.

1. Yang ni best, teh hitam membantu TURUN KAN PARAS KOLESTROL! Sesuai la untuk sal yang always high in cholestrol. Kuat makan kan. 


Dalam satu study, menunjukkan bahawa teh hitam membantu kurangkan kolesterol jahat/LDL sebesar 11,1%. Dia ada efek penyerapan kolesterol baik oleh tubuh.

2. Meningkatkan kesehatan jantung

Teh hitam membantu meningkatkan kesihatan jantung, kandungan flavon ditemukan dalam teh hitam. Para ilmuwan kata bahawa minum 3 cawan teh hitam atau lebih sehari dapat membantu mengurangi risiko yang merosakkan arteri koronari. 

3. Mengurangi risiko kanser ovari

Minum teh hitam membantu mengurangkan risiko kanser ovari. Teh hitam mengandungi teaflavin yang dapat menghambat pertumbuhan sel kanser ovari. 

4. Mengurangi risiko diabetes

Para ilmuwan telah menemukan bahawa minum teh hitam dapat membantu mengurangkan risiko diabetes tahap 2, kandungan catechin dan teaflavin berguna sekali untuk meningkatkan hormon insulin untuk mengolah glukosa. 

5. Meningkatkan kesehatan tulang

Para ilmuwan juga mendapati bahawa orang yang minum teh hitam secara signifikan dapat mengembalikan kepadatan tulang, kerana teh hitam mengandung pengganti kalsium. Rutin minum teh hitam juga mengurangi risiko patah tulang pada orang tua. 

6. Mengurangi risiko penyakit Parkinson

Teh hitam kaya akan polifenol yang memiliki efek menjaga keshatan saraf di otak. Sebuah penelitian juga menunjukkan bahawa kafein dalam teh hitam berhubungan rapat dalam mencegah penyakit Parkinson. 


7. Menurunkan risiko batu ginjal

Teh hitam dapat membantu mengurangi risiko sebesar 8% dari pembentukan batu ginjal. Oleh kerana itu, Anda wajib setiap hari minum teh hitam untuk mencegah batu ginjal. 


8. Meringakan penyakit asma

Para peneliti telah menemukan bahawa flavonoid dalam teh hitam memiliki efek yang menguntungkan pada penderita asma. 


9. Menghilangkan radikal bebas dari tubuh

Teh hitam mengandung antioksidan dan membantu menghilangkan molekul beracun. Teh hitam dengan campuran lemon adalah pilihan yang baik untuk menyingkirkan radikal bebas. 


10. Membersihkan bakteri dari tubuh

Para ilmuwan telah mengkonfirmasi bahwa zat antioksidan dan nutrisi lain yang ditemukan dalam teh hitam memiliki sifat antimikroba. Ini adalah salah satu manfaat kesihatan untuk menjaga tubuh terjangkit bakteria. 


11. Mengurangi stres

Menurut sebuah penelitian, teh hitam dapat mengurangkan hormon stress dalam tubuh dan berfungsi merelaxkan sistem saraf. 


12. Menjaga kesihatan mulut

Minum teh hitam dapat membantu mencegah plak, gigi berlubang dan membantu menjaga nafas anda lebih segar. Teh hitam memiliki sifat antioksidan membantu mencegah infeksi di mulut.




MIN CHA PRODUK TERBARU DARI SHOM
Teh tarik berasaskan garam buluh.
Tanpa Gula
Tanpa Pengawet
Tanpa Bahan Tiruan
Sumber Antioksidan Yang Baik

Dirumus khas dengan Teh Berkualiti Premium

Teksture Halus dan Berkrim





Sekotak Min Cha Tea ada 20 sechet.








Harga Min Cha, Sekotak:
Harga Promo RM42 
2 Kotak RM75
FREE DELIVERY / FREE POSTAGE

Dah Cuba Min Cha, Confirm Nak Lagi :)



Jemput minum. 
Ni pun sal boleh cakap, as teh kenyang. Sebab minum secawan memang boleh buatkan kita lupa nak makan carbo dan benda manis. Sesuai jugak dijadikan bahan untuk jaga diet anda. Try la Min Cha tea. Minum pepagi, segar je badan. Tak lesu, Rasa high energy untuk mulakan aktiviti harian kita. so mode kita in shaa Allah fresh and tak murung meroyan sampai ke petang.


Sampai hati u kan Fazura.
Baru sekarang u nak bagi tau u memang minum Min Cha Tea Garam Buluh ni untuk cantikkan kulit u. Patut la halus mulus je kulit. Tak makeup tebal pun dah macam doll. So now, i will follow u. Kita kan rakan sebaya. Tak de kena mengena ok :D



Ada yang risik-risik tadi nak jadi dropship dan agent product baru ni. So, jom teruskan piyem Sekarang. Dengan segera sal akan share TAWARAN EKSLUSIF untuk anda yang berminat nak dapatkan BONUS bulanan dengan teh Premium Min Cha ni.


Agent and Dropship wanted
011-1631 1641
011-2372 7729

Tuesday, October 31, 2017

Resipi Wadai Kipeng




Siapa sini geng Banjar #Kulaan

Arai mak mertua bila sal request nak buat video cara buat Wadaikipeng ni. Bersungguh gi kedai cari barang. Pastu siap susunkan bahan-bahan. Hehee. Mau tak seronok, sebab resipi warisan ni kalau tak diwariskan, hilang pulak nanti.

Ni la dia resipi warisan turun temurun orang Banjar. Dibuat dengan penuh kasih sayang.

Sal bukan orang Banjar, tapi sejak kawin, baru merasa makan kuih warisan ni. Sebab family suami orang belah Banjar.

Mesti ada yang kerut dahi bila nak menyebut Wadai Kipeng tu kan. Apa ke bende la pulak Wadai Kipeng ni. Sebenarnya Wadai tu maknanya kuih dan Kipeng tu adalah benda yang di tekan. Kalau ikutkan, cara nak sediakannya lebih kurang sama je dengan Puteri Mandi. Memang sama sangat. Cuma kuahnya tak sama.

Jom tengok apa Bahan-bahan dan cara nak buat Wadai Kipeng ni.

Bahan-bahan  
(Boleh makan untuk 15-20 0rang)
1. Santan Sebiji
2. Gula Melaka Seketul
3. Nangka di potong dadu (Tak nak pun tak apa)
4. Tepung Pulut 500 gram
5. Gula Perang 200 gram
6. Kapur sikit dan Garam secubit

Cara buat Wadai Kipeng:
1. Basuh gula keras. Rebus gula keras dan gula perang berasingan. Tak boleh geng masa rebus. Biar hancur sebati.

Sambil tunggu gula sebati, boleh la buat bahan uli dulu.
2. Campur secubit garam dan sedikit kapur dalam semangkuk air suam. Kacau sampai larut.
3. Tuang sikit-sikit air campuran garam dan kapur tu dalam tepung pulut.
4. Sambil uli, sambil letak sikit air. Tak boleh letak sekali harung, sebab nak tepung betul-betul sebati
5. Lepas tu gentel kecik-kecik sampai habis tepung yang di uli tadi

Dah siap uli, next :
6. Masak santan pekat bersama gula merah, gula melaka dan garam secukup rasa
7. Rebus sampai mendidih, kemudian masukkan tepung yang di uli, masukkan nangka dan tunggu tepung timbul

Senang sangat. Selamat mencuba.

Boleh #SHARE kalau tak nak hilang resipi ni.

Makan panas-panas memang SEDAP. Nak pulak tengah musim hujan ni kan :D

Wednesday, October 25, 2017

Geng STOB PB 2017 - Ilmu Personal Branding by Cikgu June Mohd Som

Semuanya Allah dah aturkan.

Benar. Tu la yang sal cuba sampaikan pada diri sendiri. Semua yang sedang kita lalui hari ni, semuanya adalah datang dari Allah. Ada masa, dalam hati tetiba rasa sayu. Ada masa, menangis tak berlagu bila dahi dan sejadah bertemu dengan yang satu. Sedih. Tapi Alhamdulillah tak terasa pedih. 

Orang yang ada iman, dia tak kan marah. Dia takkan cepat menggelabah. Buat apa nak rasa rebah bila kita masih berkiblatkan kaabah. Ignore je manusia lidah bercabang. Amik pengajaran. Jadi kan modul pembelajaran buat diri sendiri. Lesson learned. SILENT IS THE BEST REPLY TO A FOOL. Remember that.

Yess. Sal buat silap. Kesilapan paling besar. Kesilapan yang tak mungkin sal ulang sampai habis hayat. Hati di siat-siat. Tapi kena terima la, sebab setan tu rajin. Dia rajin bantu untuk sesatkan keturunan Adam. 


Tak apa Sal awak nampak bodoh, tak apa sal awak nampak macam real punya bersalah. It's ok sebab kebenaran akan hapus kebatilan. Tu je cara sal pujuk hati untuk sentiasa tenang dengan qada qadar ilahi.



Bacalah selalu "La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin" Kerana kalimat ni dapat menghilangkan segala kesusahan dan kesedihan.


Alhamdulillah tak de dendam yang tersimpan dalam setiap kejadian yang berlaku. Mungkin redha tu dah mula sebati dalam diri. Redha dengan apa je yang berlaku tanpa di kawal. Sebab perjalanan hidup kita ni, semuanya adalah ujian. Kita sedang di uji. Kita sedang diajar dan kita sedang di tegur melalui satu demi satu kejadian. Jadi jangan sesekali hidup di puji, mati dek keji.

Jangan salah kan orang lain. Sebab hidup kita, kita yang pilih. 


Sal sentiasa ingat suara Ustazah. "LIFE IS A TEST."
Jadi bersabar la. Sabar bila di hina. Sabar bila ditertawa. Sabar bila gagal membina. Sabar sal, sabar. Sebab hidup memang tak ada yang sempurna. Kita perlu terima kenyataan ni. Nobody's perfect. Dan tak kan ada keadaan yang buatkan kita rasa sempurna. Kita tak gagal selagi kita masih mencuba.

Life Is Beautiful
.
.
.
.
.

Ishhh. Sal nak share kisah  bertemu jodoh dengan The Real Cikgu Personal Branding ni sebenarnya. Cikgu June Mohd Som. Ala cikgu yang ajar cara huru hara kan sales merimbun kat facebook tu. Yang ada orang kata ilmu kampung cap ayam tu. Tak baik tau. Ilmu ni la yang buatkan wall korang tak tepu, dan ilmu ni la yang buatkan korang berniaga dengan fun-fun je. Jangan pandang rendah dengan ilmu sesiapa pun. Sebab segala ilmu mereka, Allah yang pinjamkan. Walau berbeza pendapatan dan fahaman, tak perlu keluarkan ayat-ayat sinis merendahkan ilmu orang lain.


Berniaga kalau stress sangat pun tak boleh. Susah nak pergi jauh. Nak pulak kita tak di bayar gaji pun untuk buat kerja orang lain kan. Jadi chill la. Tak payah nak straight macam boss, sampai buatkan orang lain rasa terhina sangat dengan cara kita berniaga.


Sebenarnya dulu sal pun sombong. Rasa ntah apa benda ntah nak belajar ilmu huha kan personal FB ni. Bukan boleh buat sales pun. Tapi orang sombong memang akan rugi. Rupanya bila tau teknik proven, memang boleh subur periuk nasi kita sekali dengan periuk nasi orang lain yang nak berniaga kat luar sana tu.







Ni la rupa sal selama Dua hari masuk STOB.
Storytelling untuk Orang Bisnes.



Panahan PETIR Cikgu June masih sabung menyabung lagi. Dua hari berkampung dalam Class. Dari subuh ke malam untuk merenehkan otak yang beku dan melembutkan jari jemari yang kurang pandai menari.

Dua hari ni jugak la satu persatu RAHSIA mudah Femes Berstrategi di BONGKARKAN kaw-kaw!
Dari BOP Online ke BOP Worksyop. Tak sampai sebulan terus rakus nak belajar advance lagi dalam STOB.


Sal kenal cikgu since 2015. Tu pun kawan yang inbox ajak gi class cikgu. Masa tu memang malas la nak layan class bayar-bayar ni. Lagi pun nampak macam tak best je cikgu ni. Hahaa. Ampun Cikgu. 🙏🏻
Selang dua tahun, datang kot mana la pulak saka-saka Cikgu ni mengekor. Kita masuk google ada muka cikgu. Kita masuk youtube, ada muka cikgu. Kita masuk Facebook, dah confirm la ada muka cikgu jugak. Eeee merata tau ikut orang. Memang membela sungguh.

Sebab rimas, terus klik wall cikgu. Nak tau la jugak apa yang best sangatnya Cikgu June Mohd Som ni?! Seteressss. Cer citer cer citer apa best nau cikgu ni 🙄
Bila dah klik tu, hamik kau. Terus check mate. Terus sign up BOP FB dan dan tu jugak. Masa tu lepas raya. Then buka pulak worksyop BOP. Terus attend class. Sebab style sal memang suka belajar berdepan. Dah attend BOP and apply beberapa tips, ketagih pulak nak masuk STOB. MasukSTOB memang bagai ditikam-tikam jemari halus bak bidadari ni.
Berbaloi la pejam mata keluarkan 4 angka. Siap usung 3 anak dan check in kan kat hotel sebelah class untuk dua hari.

Ilmu marketing berstrategi dengan zero cost. In shaa Allah konsisten amalkan Confirm menjadi. Ilmu ni ada masa matang. Dah matang nanti, in shaa Allah 7 keturunan makan tak berenti. Aamiin.

Ada sesiapa tak yang nak tahu apa dia Senjata untuk buat sales merimbun dan cara mudah kembangkan business? Sila tinggalkan jejak di bahagian comment.


 Kenangan hari pertama class STOB. Sabtu. Kelas mula pukul 9.30 sampai 10.30 malam.

And the journey begin.
Sejarah yang tak mungkin sal lupa kan. One day, i will reveal it. I will let the world know what the story behind all of this journey.


 Banyak nya strategi perang yang tersusun dibongkarkan secara mendalam.


Memang gerun duduk depan ni. Sesenang je akan di petir. I is takut.


Waktu lunch break tangkap Cikgu June ajak berselfie jap. Alhamdulillah Cikgu panggil sal team "Jejuts" Amiin. Semoga mudahkan segalanya.


 Ni founder MMG minyak urut yang yang tengah hot viral sekarang ni. Cik Lily Wahab nama dia.

Gile ngko. Buat Personal Branding aje pun dah boleh develop juta sales. Dah la still keje lagi. Macam mana tu? Nampak sangat kesungguhan dan effort Lily Wahab ni luar biasa hebat. Suka founder-founder dalam ni. Semua jenis Walk The Talk. Founder yang memang ada ilmu dan buat ilmu yang di canang-canangkan tu. Bila buat, baru la tau apa perlu improve dan lagi senang nak mengajar pada team. Lain la kalau sales dah konsisten juta-juta sebulan, nak bawa lagak the real CEO pun tak kisah dah. Selagi sales masih semput, nak cecah 100k pun sangkut-sangkut, Sal cadangkan, cuba rendahkan dulu sikap bossy kita tu. Bawa-bawa bersabar, bawa-bawa sedar diri sikit yang kita masih perlu belajar ilmu mendaki tangga dengan step by step.



 Bersama Mameen and Kak Umie. Founder Fateema Shawl and Founder cake power Kak Umie ni.


 Second day STOB August 2017








Masa tadika belajar 1 tahun.
Sekolah rendah 6 tahun.
Sekolah menengah 5 tahun.
Degree 4 tahun.

16 tahun belajar. Tapi tembam je masa dulu. Payahnya nak Kurus!

Ni baru dua hari Belajar, tapi rasa macam dah kurus sangat pulak. Sebab dua hari ni memang selera makan 3-4 suap nasi je. Mesti sebab kenyang sangat makan ilmu strategi power class STOB ni.

Sal ni kuat makan tau. So kalau uol nak kurus cepat, rerajin la belajar ye. Dan amalkan makan nasi 3-4 suap je 😅

Sebenarnya nak bagi tau, happy sangat hari ni bila ada someone hadiahkan baju ni pada sal. Happy sampai termenangis. Sebab sal dapat baju ni masa hari beliau naik stage award sebab berjaya lengkapkan 60,000 sales. Boleh pulak dia tau kan, sal pakai size apa?





Sepanjang dua hari bertapa dalam class STOB ni, kami anak beranak di hangkut untuk sama-sama bermalam kat sini. Hotel Bangi Gateway. Senang nak ulang alik. Sebab class dengan hotel sebelah-sebelah je. Kalau tak jenuh juga en suami nak ulang alik dari rumah ke bangi yang makan masa sejam perjalan pergi dan sejam perjalanan balik.

Rate harga untuk bilik 4 orang ni dalam RM150 Kalau tak silap. Ok la bilik dia. Luas. Nak makan pun senang. Tapi tu la, bila dah bawa tetiga Damia Danisha Danish ni sekali, memang total cost sara hidup diorang tu cecah almost 1,000 duduk dalam Bangi Gateway ni je. Dengan beli mainan nye lagi, beli baju bagai. Peluh tiak ayah ko nak. 

Ok in shaa Allah nanti sal sambung lagi.
Apa pun, jaga niat, raikan perbezaan. Tak perlu berbalah dan tak perlu mempengaruhi orang lain untuk berbalah. Hidup tak lama pun, biar ilmu yang kita belajar ni adalah ilmu yang membawa kita jelas ke arah hala tuju hidup yang paling utama. 

Tuesday, October 10, 2017

Real Testimoni Mother Of Three Yang Berpantang Dengan Premium Beautiful

The lastest testimoni of our superbrand corset, Premium Beautiful.


Premium Beautiful Pilihan Celebriti


Tipah tertipu bila tengok gambar. Tak sangka ada jugak gambar K.Yanie sebelah celebriti hangat ni. Siapa tak kenal Ifa Raziah. Penyanyi dangdut yang sensasi dengan lagu ser ser ser amat pentingkan kesihatan dan kecantikan. 

Kini..
Pilihan kami adalah Sama.
Citarasa kami adalah Sama.
Kepentingan kami juga Sama.

Luar Kena Jaga.
Dalam Lagi Kena Selenggara.

Simple solution. Pastikan Pakai Premium Beautiful Corset Dengan Selesa TANPA Senak dan Sesak.

Syarat tak nak senak pakai corset :
1. Dapatkan dari yang pakar 
2. Dapatkan tanpa tekanan dan paksaan

Credit to : Puan Noharyani



Boom kebabom! 

Rasa macam nak meletop tengok. 
Masa pregnant tu perut Kak Dyna ni besar sangat. Baby boy keluar pun almost 4kg. 

Kak Dyna ni orangnya tinggi, tapi halus mulus je badan. Bayangkan pulak, dengan usia yang sebaya Che Ta Bergetah tu, Kak Dyna boleh usung perut ke sana sini selama 9 bulan.

Biasanya confirm kita akan sakit belakang kan lepas bersalin. Nak tunduk urus baby pun tak selesa. Punya la sakit-sakit badan. Tapi kali ni berbeza sikit. Alhamdulillah as a mother of three, Kak Dyna dapat maintain fit lepas bersalin.

Ni dia kelebihan paling utama yang anda confirm akan feel, bila pakai Corset Magik ni lepas bersalin:
1. Darah nifas dan air bisa keluar sepenuhnya dari badan
2. Rahim cepat kecut dan cepat balik pada kedudukan asal
3. Terpaksa hilang berat mendadak walau makan macam raksasa.

Best kan

Kalau tergoda, terus la order.

Diskaun Titian Cinta
#No1CertifiedPremiumBeautifulExpert

011-1631 1641