Thanks For Your Support

Wednesday, June 19, 2019

Invitation for CDM Raya 2019



Alhamdulillah. Tahun ni kali ke 6 sal di jemput secara exclusive oleh Sahajidah Hai-O Marketing untuk diraikan dan meraikan sambutan Hari Raya syarikat.


Majlis sambutan raya yang dianjurkan syarikat ni, biasanya hanya untuk CDM sahaja. Apa tu CDM? Cash Deposit Machine ke?


Bukan.
CDM tu stand for Crown Diamond Manager. 
The highest ranking dalam plan pemasaran business networking ni.


Macam mana nak jadi CDM?
Anda confirm akan CDM, jika anda sudah mendaftar RM47 sebagai ahli. Cuma, nak jadi CDM, perlu la jadi ahli yang ada melakukan urusan jual beli secara berterusan.


Kena menjual ke?
Of coz la sayang,
Business apa yang tak ada proses menjual. Menjualkan memang dah jadi jantung untuk proses mualamat. Bukan business sejati la namanua jika tak ada transaksi jual beli. Jika ada peluang macam tu, bagi tau sal ye, Teringin jugak nak business yang goyang kaki ni.


Macam business yang sal buat ni, kami lebihkan sesi goyang jari. Maksud goyang jari tu adalah, kami full use penggunaan internet. Sekarang kan semuanya online. Jadi, rajin goyang jari, in shaa Allah income juga pasti mari.

Jangan terpedaya dengan ayat bulan bintang yang business adalah MUDAH. Business SENANG. Business tak perlu mejual. Tak perlu cari orang. Kalau ada pun, try la buat sayang. Mesti lambat laun anda akan perasan yang jenis business macam tu, bukan business yang boleh bertahan lama.


Sama juga dalam business Sahajidah Hai-O ni.
Nama syarikat jugak yang naik ranking. Mengungguli carta top 3 lagi. Bila ada individu yang terlebih kreatif wujudkan sistem plan ciptaan sendiri. Kesan dia, kesian pada yang bilisan macam kami. Baru nak bernafas, dah merasa nyawa-nyawa ikan balik. Gara-gara plan corrupt mereka yang hebat tu diviralkan netizen di social media.

Ia ibarat, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Tak semua yang buat busines Sahajidah ni penipu sayang. Tak semua scam. Tak semua main harga. Tak semua seperti yang anda selalu dimomokkan.

Yang beri effect buruk pada business Sahajidah ni, hanya segelintir sahaja. Yang seronok menunjukkan power. Hingga plan skim cepat kaya mereka, merosakkan market business yang tak bersalah.


Bersama mentor no 1 dalam SHOM. CDM Ah Chai. Dan uang berbaju putih tu, doktor pakar bius, Dr Rosma.


Jadi, jangan takut untuk bernaiaga. Sebab syarikat sentiasa upgrade segala kekurangan. Sebab tu dah 8 tahun, sal masih ada dalam business ni. Kerana walau berombak tsunami pun kami dalam business, syarikat sentiasa ada untuk support usahawan mereka.


27 tahun bukan masa yang singkat. Kalau anak dara, dah kawin dan beranak pinak dah tu. Jadi, platform bersama Sahajidah Hai-O adalah peluang kerjaya terbaik untuk anda yang ingin menjana pendapatan dengan modal tanpa risiko. Team sal sedia membantu, jika anda inginkan pengalaman berniaga yang menyeronokkan.














My cinta hati.





Suasana hari raya SHOM 2019. Sentiasa meriah.


With Bella. One of marketing person di HQ. 


Emcee yang menceriakan majlis. Hariz dan Bella.





Semanis kurma. Jemputan khas dari SHOM untuk hidangan rohani dan motivasi usahawan sejati.








































Tuesday, June 18, 2019

Premium Beautiful Seri Kembangan


Alhamdulillah.
Another rezeki cash buyer hari ni. Dari someone yang menetap di Seri Kembangan.

Bulan Ramadhan memang bulan rezeki. Bersyukur sangat banyak rezeki tak disangka-sangka kami terima sepanjang Ramadhan ni.

Dengan promo less 50% Premium Beuatiful. Tu yang customer tak nak lepaskan peluang untuk dapatkan Premium Beautiful dengan harga murah. Murah la kan bila dah ada less 50%

Syarat nak dapatkan harga murah ni,
50% untuk long girdle Premium Beautiful, bila anda dapatkan long bra atau waist nipper Premium Beautiful, atau kedua-duanya sekali.

Promo 50% Premium Beautiful ni sah sehingga 30/6/2019

Jadi jom la grab sekarang. Peluang untuk dapatkan Premium Beautiful korset murah dari agent terlatih yang aktif dan sah.

premium beautiful seri kembangan serdang
Hari ni, pagi-pagi around 10.30 dah keluar rumah. Dan hari ni hari jumaat. Jadi, kami keluar awal siap-siap dan akan berkampung dalam kereta sepanjang sejam setengah suami tunaikan solat jumaat.

Jadi, ni la antara pengorbanan anak-anak dan suami sepanjang kami berniaga since 2011 dulu.

Anak-anak akan di bawa sekali. Sebab kami tak ada bibik. So semua usung sekali dan akan berkampung dalam kereta je sehingga kerja selesai.


Suami solat di one of surau di pangsapuri Serdang. Tak ingat dah apa nama dia. Ya Allah cepat betul lupa. Padahal tak sampai sebulan lagi.

premium beautiful murah seri kembangan serdang
Dah selesai solat jumaat, baru gerak ke rumah customer. Customer request datang sebelum pukul 2.30pm

Tu yang kami plan masa, keluar awal, solat jumaat di kawasan rumah customer. Supaya mudah dan tak berkejar.

premium beautiful murah seri kembangan serdang
Untuk yang pertama kali nak pakai Premium Beautiful ni, jika anda di lembah klang, Negeri Sembilan, Melaka, Bentong dan tak melepasi Tapah, sal prefer untuk datang sendiri pakaikan.

Supaya senang nak betul-betul pastikan yang anda selesa dan size ngam dengan badan.

Tapi jangan risau, untuk yang terima Premium Beautiful by post dari Sal, jika size tak ngam, anda boleh terus hantar semula dan tukar size yang baru. Sal akan ke Hq dan dapatkan size yang baru untuk anda pakai dengan selesa dan gembira.

Pastikan pakai Premium Beautiful tanpa SENAK.

Sebab expectation orang, pakai korset kena ketat ketat sampai senak.

Untuk Premium Beautiful, anda perlu pastikan ianya tak longgar hingga tak menyentuh kulit. Dan tak ketat hingga buatkan anda senak dan sukar bernafas. 

Senak dan sukar bernafas tu adalah tanpa korset tersebut tak sesuai untuk anda pakai. Jadi, pastikan selesa dan pakai sepanjang masa untuk kesan yang cepat dan selamat.

premium beautiful murah seri kembangan serdang
Gambar muka kurang ayu, semestinya akan terselit sekeping dua.

Bila ko tengah sembang pasal Premium Beautiful punya kelebihan, confirm ko dah tak peduli rupa muka ko macam mana dah lan sal. 

premium beautiful murah seri kembangan serdang
Dan alhamdulillah dari maknya saja yang nak pakai, lepas tahu kelebihan Premium Beautiful ni, terus dua orang anak dara beliau pun disarungkan sekali Long Girdle Premium Beautiful. 

premium beautiful murah seri kembangan serdang
Alhamdulillah rezeki anak-anak. Rezeki raya kami. Tambahan cash dari customer yang ambil 3 Premium Beautiful.

premium beautiful murah seri kembangan serdang
Memandangkan hari ni jumaat, dan dah masuk petang, kami plan tak balik rumah. Tapi berbuka di Aeon Shah Alam. Teringin pulak nak makan Hot Pindang yang biasanya kami makan di Seksyen 10 Shah Alam. Tapi kali ni Hot Pindang Kitchen ada di dalam market Aeon Shah Alam. Jika anda tercari cari tempat best yang selesa untuk makan di Shah Alam, boleh la masuk Aeon Mall dan makan makanan yang ada dijual di stall Hot Pindang kitchen. Lokasi dia dalam supermarket Aeon di depan kedai basikal.

Sambil tu, biasanya bila dapat cash buyer, sal akan tanya anak, ada apa-apa tak yang diorg teringin nak beli?
Kiranya tu sebagai hadiah untuk happykan mereka yang selama ni sabar and behave ikut mama ayah ke mana saja untuk urusan business. 

Bila kita happykan keluarga terdekat kita, in shaa Allah makin mudah rezeki nak melekat. Nak-nak happykan kanak-kanak. 


Dalam konsep rezeki ni, sal yakin pada aturan Allah. DIA LEBIH TAHU apa yang kita perlu. Dan semestinya DIA akan beri ikut apa yang kita minta. Jadi, minta la apa saja dengan Allah. Pasti Dia takkan kecewakan permintaan hambaNya. Jika dah minta pun tak dapat, cuba semak balik, cukup tak kita ikut syarat yang Dia nak kan. Kira bab doa ni pun ada KPI dia. Kena minta dengan sepenuh hati, minta dalam sabar, minta dengan adab, minta dengan istighfar dan menyebut nyebut nama asmaul husnaNya.

Dah puas doa pun tak dapat jugak?
Check cara solat dan punctualnya kita perform solat. 

Sal share experience je. Sebab sal sendiri pun masih lalai dalam jaga waktu solat. Kadang terleka, dan nak habis waktu baru bergerak nak bentang sejadah.

Tapi bila sal cuba amalkan istigfar, imagine apa yang kita sendiri nak kan, solat dengan hati, doa sambil puji guna nama asmaul husna, Alhamdulillah doa tu mujarab. Allah akan bantu kita. Dia akan beri apa yang kita specifickan dalam doa. Jadi, doa pun perlu specific. Walau Allah tahu apa kita nak, tapi biar kita sebut secara specific setiap kali pejal dan buat bayangan sambil berdoa. Buat bayangan seolah-olah kejadian yang kita nak tu sedang berlaku.


Untuk yang dapatkan Premium Beautiful korset dari sal, anda akan dapat FREE pencuci khas Premium Beautiful. 

Pencuci korset PB ni nama dia Natural Wash Premium Beautiful. 

Fungsi Natural wash ni adalah untuk
1. Menjaga korset anda supaya sentiasa nampak baru
2. Memelihara kelembutan dan keanjalan fabric
3. Menanggalkan sisa kulit mati dan toksin yamg melekat di fabric dengan bersih.


Full story ada kat video ni. Story seharian kami keluar rumah, fitting customer Premium Beautiful di Seri Kembangan, sehingga berbuka puasa di Aeon Mall Shah Alam.

Thanks for reading. And thanks for watching.
Semoga doa yang baik-baik dari anda, akan berpatah balik kepada anda. 

Luv,
Salleha Roslan
#No1CertifiedPremiumBeautifulExpert
wasap.my/601116311641
klik je link fon number tu jika anda berminat nak dapatkan Premium Beautiful Korset dengan harga Jimat dan Free Consultation.

Cara Buat Resepi Pulut Pasung Urang Banjar




Makanan Urang Banjar di pagi raya.

Tak de ni, macam tak sempurna la raya bagi mereka. Betul ke dak ni kulaan?

Ni nama dia Pulut Pasung. Ada yang panggil pulut dakap.

Setelah 13 tahun berkahwin dengan suami yang merupakan orang Banjar, baru tahun ni mak mertua berkali-kali pesan kat suami, mai rumah awal sebelum raya. Rumah kami tak jauh mana, jadi tu yang selalunya pagi raya baru muncul. 

Tapi kali ni, siap suruh duduk 3 hari 2 malam untuk belajar cara sediakan menu wajib urang banjar di ari raya. Kira mertua nak wariskan betul-betul resipi warisan ni pada anak cucu. Tak de la sampai masa nanti, makanan traditional mereka ni lenyap macam tu je.

Apa rasa pulut pasung ni?
Rasa dia sedap yakmat.
Berlemak. Wangi. Lembut.

Susah tak nak buat?
Selagi tak buat, memang rasa macam susah je. Tapi bila sal dah cuba buat, eh, suami yang buat. Haha. Tak ada la payah mana. Lagi mudah dari sediakan lemang rasanya. Tapi rasa lebih kurang sama je. 

Macam mana cara nak buat?
Cara nak buat pulut pasung ni simple sangat. Bahan dia tak banyak pun. Ni bahan kami untuk sekilo beras pulut. Kami buat sekilo, sekilo. Senang nak sukat. Sekilo beras tu dapat la dalam 16-18 biji pulut pasung.

Ok bahan-bahan dia,
1. Beras pulut sekilo
2. Santan perah sendiri satu biji setengah
3. Garam secukup rasa
4. Halia dipotong kasar
5. Daun pisang yang dah siap layur
6. Tali rafia untuk mengikat

Cara buat dia tak lama pun.
First, tuang sebijik setengah santan yang diperah sendiri tadi, ke dalam periuk. Kenapa nak kena guna santan perah sendiri? Sebab nak feel masa makan nanti. Lepas tu biarkan mendidih jap.

Second, bila santan dah mendidih, masuk kan sekilo beras yang dah dibasuh dan ditoskan. Kacau sampai hampir kering. Lepas tu perlahankan api, dan tutup rapat sehingga pulut masak. Tak lama pun, dalam 20-30 minit je.

Dah masak tu, teruskan membungkus dalam daun pisang. Sebab tengah panas ni mudah nak bentukkan dia. 

Kemudian ikat dengan tali rafia kejap kejap. Tapi jangan ketat sangat. Nanti pecah masa mengukus.

Dah siap membungkus, masukkan dalam pengukus. Kukus bagi lagi gebu pulut tu. Part ni paling best. Sebab bila naik bau tu, ya Allah sedapnya rasa. Wangi gabungan santan dengan daun pisang tu.

Lepas siap, boleh dah makan. Makan macam tu aje pun dah sedap. Lagi la pulak bila dapat makan dengan kari daging tempatan. Fuhhhhh. Nyaman. 

Boleh like dan #SHARE resipi ni dengan kulaan yang lain agar resipi tak hilang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
Semoga segala amalan kita sepanjang Ramadhan masih diteruskan dan bertambah baik dari tahun sebelumnya 🤗


#MenantuUrangBanjar
www.salleharoslan.com

Tuesday, June 11, 2019

Premium Beautiful Short Bra


Apa specialnya Short Bra Premium Beautiful ni?
Terlalu istimewa. Sal share kan antara yang paling best, dah semestinya bra ni adalah the one and only baju dalam yang ada jaminan baik pulih FREE. Besi patah berkali-kali pun boleh hantar repair for free je. Jimat duìt sangat. Sebab tak payah kerap belì baju dalam.

Lepas tu kan, tali bra Premium Beautiful ni, sal pun tak tau la kenapa, dah bertahun pakai setiap hari pun, tali dia still kenyal dan tak tinggalkan bekas pun pada badan.

Majoriti yang cup A, tetiba pakai bra ni jadi cup B. Ok la kan. Ada la peningkatan size.

Dan yang cup E dan F pulak, diorang suka sangat bra ni sebab bebanan area dada tu tak terasa, bila bra Premium Beautiful melekap kat badan. 

Lagi satu, jangan pelik pulak bila pakai bra Premium Beautiful ni, nipple takkan tenggelam lagi dah. Sesuai sangat untuk ibu hamil dan menyusu. Sebab FIR yang ada sangat membantu melancarkan darah.

Mana ibu-ibu yang nak bantu anak remaja jaga aset berharga mereka pula, boleh la hadiahkan short bra ni pada anak remaja. Kita bantu mereka dengan bagi pakai bra yang betul.

The Real Premium Beautiful Expert,
#No1CertifiedPremiumBeautifulExpert
#Weapon35













Apa beza short bra dan long bra Premium Beautiful?
Beza hanya pada panjang dan pendek nye sahaja.

Short bra ada 3 cangkuk.
Long bra ada 6 cangkuk.

Fungsi short bra dan fungsi long bra Premium Beautiful sama je.
Boleh refer gambar kat atas tu.

Dan antara kelebihan lain bra Premium Beautiful ni adalah;
1. The best ever bra untuk ibu menyusu. Sebab posture badan lebih baik. Jadi dapat kurangkan masalah sakit belakang.
2. Kain dia sejuk. Anti bakteria dan anti bau
3. Sesuai untuk semua peringkat umur.

Teringin nak cuba short bra Premium Beautiful?
Boleh wasap 011-1631 1641

 

Monday, June 3, 2019

Ramadhan Ya Habib 2019

Sedihnya Ramadan dah nak pergi 😭😭😭

Kerana usia kita singkat, Allah kurniakan lailatulqadar untuk menambah pahala kita. 

Sayangnya bila hanya di buat ala kadar. Lagi sayang, bila malam tersebut kita hilang dari radar amalan. 

In shaa Allah semoga berjodoh dengan Ramadan tahun depan. Dan kita berdoa semoga Allah terima amalan kebaikkan kita, dan memberi peluang untuk kita baiki amalan kehidupan. Bukan senang nak didik hati tanpa pertolongan ilahi.









Hari ni hari sabtu. Boleh la bawa semua sekali.


Bersama Ustazah selepas majlis.


Dari kamera Pauan Hamimah. Pengerusi majlis di Surau Taman Bukit Rahman Putra.


Menunggu ketibaan Ustazah.


Full House Surai Al Ikhwan di Bukit Rahman Putra ni. Hmpir 300 orang yang sama-sama hadir untuk solat sunat tasbih bersama ustazah Dato Dr Fatma di sini.


On with Ustazah Dato Dr Fatma Azahra lepas selesai solat sunah tasbih dan tazkirah Ramadhan.


Ziarah ibu jap di Kajang. Rumah Abang Sal.




Wednesday, May 29, 2019

Premium Beautiful Subang



premiuk beautiful murah shah alam subang klang sabah sarawak brunei
With Premium Beautiful Expert. Bukan setakat Utara saja beliau buat door to door service, tapi siap merata Malaysia. Sampaikan hari ni, kami bersama-sama ke Subang untuk fittingkan ibu anak dua yang dah berusia lebih 40-an untuk slim and healthy with Premium Beautiful.

premiuk beautiful murah shah alam subang klang sabah sarawak brunei
Untung la client ni. Sebab dapatkan Premium Beautiful dari Premium Beautiful Expert sebelah sal ni. Banyak betul free gift Yani bagi pada customer. Siap dapat harga jimat, lepas tu dapat free Pencuci khas Premium Beautiful, dapat Min Kaffe dan sekali dengan Min Cha Tea.

premiuk beautiful murah shah alam subang klang sabah sarawak brunei
Ni bulan puasa. Tak dapat makan dan minum. Tapi client siap bungkuskan dengan bungkusan merah frozen food untuk kami.

premiuk beautiful murah shah alam subang klang sabah sarawak brunei

Alhamdulillah. Another cash Premium Beautiful buyer. Kali ni sekali lagi dari Subang. 

Dan yang paling sal happy, bila Diamond leader sendiri yang dapat cash buyer ni. Rezeki bagi yang percaya dan usaha.

Kenapa sal kata macam tu?
Memang tu aje la sifir nak dapat hasil yang baik dalam business.

First, percaya dengan rezeki Allah. Sebab memang betul, Allah dah tentukan siap-siap rezeki setiap makhluknya.

Cuma, jika makhluknya berusaha dan tak putus asa, rezeki tu pasti akan sampai tepat pada alamatnya.

Sama macam kejadian ni. Rezeki Yani hari ni. Duduk dekat Ipoh. Tapi dapat client dekat Subang. Ni nak menunjukkan bahawa, rezeki ni unik. 

Sebab ikutkan, subang ni area sal. Dekat dengan sal pun. Tapi kenapa Yani yang dapat? Sebab alamat untuk rezeki ni dah tertulis untuk yani yang dapat.

Sal tukang teman je.
Teman bukan untuk manjakan team. Tapi sal rasa puas hati bila dapat luangkan masa dan tenaga untuk monitor dan tengok sendiri gerak kerja team. Kira orang kata apa, masuk ladang sendiri, dan usahakan sendiri. Lagipun, lagi best bila buat kerja ada geng.

Dan yani ni Alhamdulillah memudahkan urusan sal pun. Sebab dari Ipoh pagi-pagi lagi, lepas tu turun pulak ambik sal kat rumah.

Last minit tu sal ajak suami ikut. Sebab nak lancarkan urusan cari jalan. Coz kalau kami berdua je yang cari jalan, alamatnya perjalanan 20minit akan jadi satu jam la jawabnya.

Kami ke Subang ni naik HRV yani. Husband bawa kan. Hehe mula tu kelakar jugak. Sebab keras je jadinya. Ye la kekok kan bila dah biasa bawa kereta sendiri, sekali pagi ni bawa kereta H. Tapi masa balik ok je. Smooth dah.

Eh. Sama pulak macam konsep bisnez kan. Mula-mula je keras. Rasa susah nak buat. Tapi bila dah biasa buat, kita akan rasa enjoy je drive business ni. Boleh belok sana, belok sini siap bagi signal tanpa kekok. 

Sampai je kat rumah client, kami mulakan dengan sembang tentang Premium Beautiful dulu. Bagi client faham apa kelebihan Premium Beautiful ni. Yang bestnya, client sangat excited. 

Lepas tu baru la fittingkan. Siap fitting Premium Beautiful je, client keluar bilik dengan muka happy sangat. Sedapnya badan kata client tu.

Lepas tu, boleh pulak client Premium Beautiful Yani ni baik hati tapaukan kami frozen food penuh plastik. Dah la dia biasa buat jual frozen food tu. Tapi boleh pulak bagi kami macam-macam makanan untuk bekalan.

Terima kasih kak.
Happy dan syukur sangat dapat berurusan dengan orang hati baik ni.


Anda berminat nak dapatkan Premium Beautiful dengan harga promo 50%?

Boleh dapatkan dari kami No 1 Certified Premium Beautiful Expert

Monday, May 20, 2019

Korset dan Celebrity Berpisah Tiada



premium beautiful murah fazura ziana zain ifa raziah bertudung
premium beautiful murah fazura ziana zain ifa raziah bertudung
Betul kata ziana zain, mula dari awal. No wonder la umur zz dah 51 tahun pun, tetap nampak macam 15 tahun. 

Rahsia dia, mula dari awal. 

Apa yang dimulakan?
Mulakan Pakai korset. Pakai dari awal. Dari zaman memang kurus. Supaya shape tak lari. Dan berat tak naik mendadak.

Nak selamat, pakai je superbrand korset #PremiumBeautiful. Lebih 22 tahun dipasaran. The one and only korset yang pernah pegang title superbrand dan ada 100% lifetime warranty on all repairs.

Well trained and The real Premium Beautiful Expert,
#No1CertifiedPremiumBeautifulExpert
#Weapon35



Wednesday, May 15, 2019

Preloved Baju Raya For Kids




Preloved peach Dress and Baju Melayu to let go.


Sehelai baju Peach Dress RM39 sekali postage.


Baju Melayu Peach Kanak-kanak RM19 sekali postage.


Have two size


10 and 12


Measurement untuk size 10:

Labuh baju 90cm

Lebar bahu 28cm

Dada 35cm

Pinggang 33cm

Labuh lengan 43cm


Measurement untuk size 12:

Labuh baju 98cm

Lebar bahu 30cm

Dada 37

Pinggang 39cm

Labuh lengan 47cm


Color Peach

Beli di one of butik di Shah Alam seksyen 7


Condition 9/10


Baju dress Peach tu ada poket


I’m not interested entertain fussy buyer. 


Coz im a fussy one bila pilih baju baru. Jadi, bila let go baju pun, sal akan fussy jugak. Sebab semua baju ni adalah baju favret sal. Sayang nak le go pun.  Pakai sekali je. Dah 3 tahun simpan elok.


One of the reason to let go pun adalah sebab for tabung Amal Palestin yang Muhammad Danish Shafiq sertai di Genius Aulad.





 Second, sebab dah tak muat pakai lagi. Nak tunggu bagi cucu, tak tau bila. 





Baju Melayu Peach Kanak-Kanak.

Condition 9/10


Measurement:

Labuh baju 37cm

Lebar baju 36cm

Lengan 27cm

Lebar bahu 23cm





Wasap jika berminat


Wasap.my/601116311641


Baju lain akan menyusul. Kena selalu la masuk blog sal bulan puasa ni.