Thanks For Your Support

Tuesday, July 14, 2015

Shopping bersama adik-adik Rumah Bakti Al Kausar Bangi

Program shopping raya Dolomite Team bersama anak-anak dari Rumah Bakti Al Kausar Bangi telah selesai dilakukan pada sabtu 4 Julai yang lalu di IOI City Mall Putrajaya.



Sebahagian CDM CDM Dolomite bersama sebahagian dari anak-anak Rumah Bakti Al Kausar bergambar bersama after selesai shopping head to toe. 
 Lepas hantar Danisha Danish ke rumah maktok, sal n husband ke sini dulu untuk cuci kereta sebab jap lagi nak bawa anak-anak syurga naik kereta ni untuk shopping sama-sama.

 Dalam pukul 12 tengahari kami semua dari Dolomite team berkumpul di tol Bangi sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi rumah yang terpilih untuk program kali ni.


Beriya nak naik kete aunty Nur dia Damia ni.. Sama aje pun dalam dia. Hehee. Bukan apa, CDM Nur ni memang budak-budak suka sangat sebab dia rajin melayan kerenah kanak-kanak riang.


Tunggu cukup korum baru gerak.


With TLC Master Trainers CDM Nur dan CDM Izyan. Hari ni special sket sebab CDM Izyan bawa anak ;)


Now heading to Rumah Bakti Al Kausar.

Sebelum bergerak ke IOI City Mall moh kita bergambar dulu depan rumah mereka.



 Happy dapat together gether dengan CDMs Dolomite ni.

 Untuk sesiapa yang sudi memberi sumbangan pada mereka, boleh la contact person in charge yang disenaraikan ni atau datang terus ke alamat yang tertera. In shaaAllah the more you give the more u get. Jom bina saham akhirat sebanyak mungkin.



 Sampai dah di IOI City Mall. Happy adik-adik ni dapat shopping raya.















Sesi seterusnye.

Sumbangan duit raya dari Multimillionaire Mentor Dolomite Team CDM Azlan Deraman kepada adik-adik Rumah Bakti Al Kausar.


Alhamdulillah selesai urusan shopping head to toe kelengkapan pakaian raya anak-anak Rumah Amal Bakti Al Kausar Bangi ni.

Habis shopping kelengkapan raya, Suka adik-adik ni dapat mewarna.

Favret Damia. Mewarna.

With CDM Kak Ina Ramzi dan my mentor CDM Salha. Dua-dua idola sal dalam business ni dari dulu sampai sekarang. Kekuatan mereka sebagai isteri, ibu, anak dan mentor sangat memberi inspirasi pada sal dalam perjuangan business ni. Sebab tu ramai jutawan selalu sebut, nak berjaya dan lebih berjaya, selalu perhatikan gerak kerja mereka yang terbukti berjaya.




Sambung dating sebelum berbuka puasa dengan CDM Alfaath dan CDM Salha sekeluarga dalam IOI City Mall Putrajaya ni. Hmmmm best nye kalau ada rumah kayu macam ni. Cantik n sejuk je rasa landing dalam suasana kampung.

TERIMA KASIH BUAT SEMUA yang terlibat secara langsung mahupun di sebalik tabir. Sumbangan dari team Dolomite sekelian dapat memberi sejuta makna untuk mereka yang memerlukan. Hebat sungguh penyatuan kumpulan dalam menjayakan program amal ni bersama. Ribuan ringgit berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan keseluruhan TLC Dolomite team untuk aktiviti ramadhan seperti ni. In shaa Allah segala sumbangan dan kerjasama anda akan beroleh saham akhirat yang dapat membawa ke syurga.

Sunday, July 12, 2015

Shoping Baju Raya Mak Mertua

 Mak call husband request bawa pergi shopping before puasa sebab nanti bulan puasa mak tak larat nak jalan sangat sebab berpuasa. So let's shopping! Memang tak kan masul area KL especially Jalan TAR. Jadi kami bawa mak ke SACC Mall Shah Alam untuk memudahkan proses memilih baju raya mak dan selesa untuk Damia Danisha Danish. 

Dalam minda mak shopping kat KL lebih murah. Tapi untuk kami, kalau murah sepuluh ke dua puluh ringgit je (bukan tak bersyukur n bukan bangga diri) better shopping area yang banyak pilihan, mudah nak parking (sebab ada valet parking..hahaa..pemalas nak jalan jauh) dan paling best shopping di saat orang lain sedang berkerja. Jimat Masa dan jimat tenaga so kurang la rasa nak jadi hulk bila Danish mula buat aneka ragam dia. Hehee.

Hari ni hari khamis. Seminggu sebelum puasa. Memang lengang shopping mall walau booth booth untuk raya dah mula penuh dalam mall. Ni belum masuk PKNS kat sebelah tu lagi.

 Dan paling best bila mak tak perlu takut-takut nak pilih baju. Rasa berkenan amik je la mak. Bagi mak, baju RM250 Sehelai mahal. Siap buat muka lagi takut nak amik baju harga macam tu.. Hehehe..Tu dulu mak..sekarang zaman GST ni 250 tu antara yang affordable untuk plus size lady. Bila berkenan memang better terus amik je sebab tak larat dah nanti nak patah patah balik.


 After that singgah makan jap kat De Palma Cafe Malaysian Bistro yang ada dalam SACC Mall ni. En husband makan nasi ayam kukus and sal order sup kambing. Sedap jugak sup kambing dia. Semangkuk RM9 and balik rumah je terus detox..Huhuu terus berasap badan bila makan sup kambing panas-panas. Alhamdulillah terus segar badan bila makan sup kambing. Coz masa ni badan sal agak kurang selesa akibat palpitation simptom tyroid so bila makan sup panas terus lega rasa badan.

 Lepas makan sambung shopping sikit lagi. Kali ni beli baju jejaka pujaan hati ku. En suami berkenan baju polo. Dia pun nak sedondon dengan Muhammad Danish Shafiq.



Penyakit Zawara Lovers memang macam ni. Sindrom shopping sakan dah datang. Jadi head to toe memang la #iwearzawara

Sampaikan Damia dan Danisha pun terjebak dengan dress zawara.

Happt la tu dapat pakai baju macam mama.


Ok cukup dulu dua helai ni dari Jovian Mandagie Strore Shah Alam.
Baju jovian n zawara ni kalau pakai sekali dengan premium beautiful memang melatop jadinye. Kemas terletak je.

Antara hasil menjala.

Yeay Muhammad banyak baju sedondon dengan ayah dia kali ni. Dua helai baju melayu dari omar Ali pun dah siap kena mata kail tadi.



Shopping Raya

Sekarang tengah mode orang berpusu-pusu ke KL Raya Fest 2015 Mood Republik kan. Syok shopping beramai-ramai. Sesuai untuk yang single dan tak perlu usung handbag kiri kanan macam sal  ni..huhuu. Puas dah merasa suasana bersesak di penghujung Ramadhan masa muda remaja dan tak berkeluarga dulu. But now masa yang relax dan santai sangat dititik beratkan memandang ke mana saja sal pergi mesti tak ketinggalan akan bawa sekali Damia Danisha and Danish ni. So for this year Alhamdulillah persediaan pakaian raya dan kelengkapan rumah untuk raya sal dan husband di beri rezeki lebih untuk lakukan sebelum menjelang bulan puasa. Dan alhamdulillah termasuk persedian untuk mak dan mertua turut dapat dilakukan before ramadhan. 


Di The Strand. 
Lokasi santai kami anak beranak. Sambil makan sambil shopping Zawara dress di butik zawara Kota Damansara. Cari Elora Dress for mama and anak dara berdua ni. Biasanye bila datang butik zawara, memang sal takkan try baju yang di beli sebab tau memang size XS from zawara memang dah ngam dengan sal. Tapi bila beli baju Damia n Danisha, after bayar baru terfikir nak try dress diorang tu. So kesan dia, memang tak ngam la elora kids tu dengan diorg. Terpaksa tukar size dan yang sedihnye size damia untuk ditukar pulak tak de size dah kat Butik Zawara Kota Damansara. So terpaksa mama amik color elora kids yang lain dulu n decide untuk cari color yang sama dengan mama di butik zawara di cawangan lain pulak.


 Apa pun weol tetap happy Alhamdulillah sebab dapat grab dress Zawara. Yang pastinye, baju- baju yang di beli ni confirm before raya dah selamat di pakai dulu punye. Hahaa.

 Sambil shopping sambil berlari lari kejar Muhammad Danish Shafiq memang sesuatu yang amat menyihatkan badan. Sebab tu sal akan elakkan shopping di kala peak season dan di area yang jadi tumpuan ramai orang dalam satu masa coz i cant handle the situation yang mana Muhammad Danish Shafiq akan berlari laju ikut suka dia.

 Sebeleum ke Shah Alam singgah masjid Kota Damansara untuk jalankan kewajiban. Sebelum shopping tak tentu arah baik jalankan dulu amanah pada yang memerlukan.


 Destinasi seterusnya. Shah Alam seksyen 7.

 Asalnye nak ke Zawara Shah Alam je, Tap disebabkan Zawara dan Jovian Store Shah Alam ni berdepan je, so termasuk la ke lubuk fashion ni. Dan pilihan sal adalah baju purple yang patung slim tu pakai.

Uol kalau nak shape solid macam patung tu jom pakai premium beautiful jom. Very easy nak select baju bila bentuk badan cantik dan kemas. So that tak de la pakai baju terlipat lipat.

Nanti confirm lepas ni beranak pinak baju Jovian ni dalam koleksi lemari sal. huhuu. Nama pun "wanita"...memang tak boleh lari dari nafsu membeli belah. But alhamdulillah seriously bila berbelanja tanpa perlu tengok price tag, tak terasa penat pun badan coz tak perlu lagi dah nak round-round dulu semua kedai seluruh shah alam then datang balik ke kedai yang dah di survey. Beza sangat berbelanja dengan bajet-bajet dan berbelanja tanpa tekanan.
 Now, once u love the design then u just grab it and pay.