Thanks For Your Support

Showing posts with label Selamat hari raya aidilfitri 2013. Show all posts
Showing posts with label Selamat hari raya aidilfitri 2013. Show all posts

Wednesday, August 21, 2013

Hari Raya Aidilfitri 2013

 Siapa yang follow blog sal ni mesti tau 
kisah raya pertama kami kan? 

Jadi di syawal yang ke 10 baru lah ceria kami anak beranak bila baju raya pertama dapat di pakai.

Kecuali baby muhammad danish syafiq. sebab dia je yang kena pakai baju lama...huhuu kira lama la tu kan sebab raya pertama dia dah pakai baju melayu purple cenonet dia tu. 
Tu yang dia tak bagi kerjasama yang baik bila mama ajak bergambar di pagi raya ke 10.hehee.



Damia ngan danisha memang happy la kalau dah keluar dari rumah. tersengeh sepanjang jalan. Hari ni kami akan ke putrajaya then ke subang pastu ke kepong. Malam pulak mama akan ke B32 untuk celebrate pencapaian pangkat DDM mama dengan adik beradik bisnez yang lain.


Best betul duduk seat penumpang ni. boleh la jugak tumpang tido bila baby pun tido sama. Buat yang jadi pemandu tu harap bersabar ye sepanjang jalan. Nak pulak kalau musim raya minggu kedua ketiga sampai ke empat kat area lembah klang ni, memang akan ada kesesakan jalan raya sebab orang lembah klang ni memang murah hati untuk menjamu tetamu-tetamu mereka sepanjang musim perayaan aidilfitri.


Sampai dah umah cik su kat subang USJ.
Baby danish dah mula bagi kerjasama untuk pandang camera. ;)





Tips untuk ibu yang nak kekal bergaya sepanjang musim raya : 
sila lah pakai kan baby anda sarung tangan. Sebb kalau baby tak pakai sarung tangan habis semua tudung dan rambut dia akan cekau.huhuuu. silap-silap muka kita dia cakar.


damia danisha dengan tokma.




Tempat favret damia ngan danisha tiap kali datang umah opah sue diorang ni.


ni pun tempat favret jugak untuk diorg main mak-mak.
Keliling anjung ni ada kolam ikan. Seronok je tengok ikan-ikan tu semua berenang sana sini.


Siap dapat kawan baru. Padahal baru lima minit kenal tapi dah macam 5 tahun berkawan.


Lucky pagi tadi dah minum lactolite.
Sebab dah tau dah nak control nafsu makan ni memang sukarrrrrrr!!!

Lactolite ni fungi dia untuk flush out sebarang makanan berlebihan yang tak patut di simpan dalam usus kita. Segala lemak, minyak dan air yang kita terlebih amik pada hari ni dia akan keluarkan petang jap lagi mahupun malam nanti. Best sangat bila tak de sembelit n tak de masalah perut meragam sampai cirit birit. Dan lagi best bila kadang-kadang tu sampai tiga hari tak minum lactolite pun tapi kesan dia tetap ada.





Monday, August 12, 2013

kisah raya pertama

Selamat hari raya 2013

Apa khabar raya anda?
Mesti meriah kan dengan tema warna warni sedondon dan tambah meriah lagi bila saling kunjung mengunjungi sanak-saudara yang jauh mahu pun dekat. Bulan syawal ni la bulan yang paling afdal untuk berkumpul semula bersama keluarga tersayang yang jarang-jarang sekali kita dapat berjumpa di hari-hari yang lain.

Satu syawal dah berlalu meninggalkan kita, dan hari ni dah masuk hari ke lima kita menyambut syawal. Mesti ada lagi yang masih mode raya kan? Tak kurang jugak ada yang dah mula bekerja. Walau apa pun semoga semua terus ceria-ceria selalu dan sentiasa positif untuk dapatkan hasil hidup yang turut positif. Sebab apa yang kita fikir, cakap, buat adalah doa.

Buat sal tahun ni Alhamdulillah raya tetap meriah bila keluarga tersayang sentiasa sihat dan ada di sisi sepanjang berhari raya. Walaupun ada sikit rasa terkilan bila sal dan damia danisha tak dapat pakai baju raya baru yang kami harap-harapkan sangat untuk di pakai di pagi raya.Sedihhhhh T______T

Tapi apakan daya, sabar aje lah.
Ni lah hikmah nye, bila baju raya tak dapat disiapkan seperti yang dijanjikan so sikit sebanyak dapat jugak lah sal rasakan kesedihan mereka yang kekurangan untuk berbaju baru bila tiba hari raya. Memang sedih bila pagi raya kita tak de baju baru tau…sob sob sob…mahal ke murah belakang kira, asalkan baju baru. Jadi pagi tu sal damia n danisha just pakai baju lama yang masih bersih. Syukur alhamdulillah at least ada jugak baju cantik dan bersih untuk kami pakai pagi raya tu walau dalam hati penuh harapan nak jugak pakai baju yang dah di tempah khas untuk raya pertama tu.

Nak sedih banyak-banyak pun tak guna sebab next time jadikan iktibar supaya hantar baju raya awal 6 bulan sebelum hari raya. Kalau dalam tempoh 6 bulan pun tak siap jugak memang buat naye orang je la tailor tersebut. Then, lagi frust bila baju yang dapat tu tak seperti yang diharapkan…nangis dalam hati je la…menjerit pun dalam hati je bila tengok baju danisha especially tak seperti yang digambarkan. Memang FRUST!!! UPSET!!! :’(



SUDAH.....jangan nak sedih-sedih sangat...

"Banyakkan melihat orang lain yang lebih susah dari 

kita dan kita akan rasa susah untuk tidak bersyukur"

Alhamdulillah.




Ni je lah antara gambar raya pertama yang ada. Mode makan mengatasi segala-galanye. Huhuhuu..makan antara terapi terbaik buat sal kalau tengah mode sedih... ;)


 syukur ada suami yang baik macam ni.
En hubby tak kisah pun dah 4 kali raya pakai baju melayu yang sama....tapi rasa nye dalam hati dia sedih jugak tu sebab baju melayu yang di tempah tak seperti yang dia harapkan...huhuu...kita serupa ;)


Pagi raya sempat tido lagi.

Tapi tido kejap je. Lepas tu dia mula la bangun dengan tersengeh-sengeh.

Comel :D


Selamat hari raya aidilfitri dari kami minnie mouse dan ultraman. 
hahaaa...nak sangat pakai topeng.










Celebrate birthday damia.
Damia lahir ngam-ngam pagi raya masa orang tengah siap-siap nak gi sembahyang raya. Ingat lagi 6 tahun lepas bila kul 3 pagi terpaksa la berangkat baju bagai check in kat hospital. So tiap kali 1 syawal je  mesti akan teringat pengalaman bersalinkan damia. Actual date dia lahir adalah pada 13 oktober 2007 tapi lagi senang nak ingat 1 syawal la.



Sebelum makan dah siap-siap timbang berat badan di pagi raya.
sebab sal ni jenis makan tak control punye. Asal rasa sedap je memang menambah lah jawab nye ;)





Saturday, August 10, 2013

Selamat hari raya aidilfitri 2013

Selamat hari raya aidilfitri 2013 buat semua muslimin dan muslimat seluruh dunia.

Maaf zahir dan batin atas segala salah silap dari penulisan, pertuturan mahupun perbuatan.

Semoga raya anda tahun ni lebih indah dan penuh makna dari tahun-tahun sebelumnye...

Ni je dulu gambar raya dari saya...tunggu update yg seterusnye okie ;)
Happy di pagi raya.
Saya dah 4 bulan hari ni...dan paling best bila mama tempahkan khas baju melayu ni untuk saya pakai di pagi syawal ni


Di pertengahan hari raya.
huhuhuu..tak tahan babe. i dah ngantuk sangat ni so tido dulu la charge tenaga. Kalau tak nanti satu taman dengar suara i jerit tak cukup tido ;)