Thanks For Your Support

Showing posts with label Tsunami Premium Beautiful Kota Bharu Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Tsunami Premium Beautiful Kota Bharu Kelantan. Show all posts

Sunday, April 30, 2017

Premium Beautiful Kelantan

Congratulation 
N U R U L  M U N I R A H  B I N T I  K A S I M


Premium Beautiful Expert Malaysia yang pegang market besar di KELANTAN!


Jom sal share kan Siapa Usahawan Muda kelahiran Kelantan yang semakin Hebat berniaga ni.




Sal panggil adik cantik ni Muni. 
Bekas penuntut di MRSM Kuala Terengganu dan Bekas Graduan Cemerlang di Universiti Teknologi Malaysia.

Orang hebat belajar ni. No wonder la Muni pun hebat dan bijak berniaga.

Yang buatkan sal kagum sangat dengan Muni ni adalah SIKAP muni yang tak pernah putus asa. Sal sendiri tak expect Muni ni boleh focus pada Impian Beliau yang impikan BEBAS MASA dan BEBAS KEWANGAN.

Uol kan tak baik tau kalau ada prasangka yang orang berniaga ni sebab tak de duit. Kalau nak cerita bab duit ni, semua orang pun ada tekanan dari segi duit. Tinggal u ego dengan tak je nak berubah sebelum bertabah. Tak semua orang berniaga sebab tak de duit, so sal salute sangat dengan orang yang mula berniaga sebab dia tahu masa depan memang perlukan duit yang lebih banyak dari apa yang kita ada sekarang. 

Sal bagi contoh ye, kalau income uol sekarang 5,000 sekalipun, trust me, 10 tahun akan datang 5,000 tu value dia dah macam 500 je.

Jadi kenapa nak pandang rendah dekat orang yang sedang berusaha nak berjaya. Sedangkan u tak ambik tau kalau u tetap dengan cara hidup u sekarang yang "redha" tak bertempat untuk mula berniaga, TRUST ME, one day orang yang u pandang rendah tu yang akan bantu u untuk naik kan semula nilai hidup u yang pernah sombong tanpa sedar satu masa dulu.


Besar mata Muhammad Aisy Furqan pandang camera.


Bagus la Baby Aisy ni siap focus apa yang mama dia tengah tumpukan masa ni. Clever boy. Pewaris legacy Premium Beautiful Mummy dia nanti ni. Best tau business Premium Beautiful ni sebab kita boleh wariskan business ni pada anak-anak kita.



You have a cute smile. Smile more! ;)


E'eh dah senyum ketawa pulak. Ni yang best kan buat kerja yang kita sendiri suka. Sebab less stress. Stress dia pun apa la sangat ;)



Lepas dah senyum, gelak, then kita serious balik. Macam ni la keje Premium Beautiful Expert ;)


Dasyat kan Munirah Kasim ni. Premium Beautiful Expert Kelantan yang sentiasa pegang pada Impian. Sebab nak berjaya ni memang kena always faham apa BIG WHY kita supaya kita tak tersasar dari focus.

Datang kritikan sikit LEMBIK SETAHUN.
Tak nak la macam tu.
Biar kan bila kita terima kritikan, kita dah kalis dan boleh terus bangkit untuk terima jangkitan kejayaan. Jadikan kritikan, perli dan hinaan tu sebagai sesuatu yang MEMBINA SEMULA SEMANGAT KITA.

That's why sal kagum sangat dengan Fighter baru dari Kelantan ni. Sebab sanggup dari Kelantan turun ke Shah Alam untuk serap ilmu dan pengalam dari mentor. Sal sendiri masih belajar dan banyak lagi perlu di improve, jadi segala ilmu yang sal kongsikan pada Premium Beautiful Expert Kelantan ni adalah ilmu pengalam yang in Shaa Allah muni boleh gunakan sebagai panduan untuk Muni terus kuat dalam menggapai Impian Muni!


Kelantan - KL Bukan dekat. Tapi bila kemahuan tinggu dan berapi, apa pun sanggup direnangi. Proud to have Premium Beautiful Expert Kelantan. Orang Kelantan ni memang terkenal dengan kehebatan berniaga.



Seronok anak-anak bila mama bawa datang Library Shah Alam ni. Sal sendiri suka jadikan Perpustakaan Awan Raja Tun Uda Shah Alam ni sebagai lokasi perjumpaan dengan protege-protege sal sebab sal faham, hari minggu bukan senang nak arrange anak-anak untuk tinggal dengan pengasuh kan. So bila bawa ke sini, kita pun tak pening nak focus untuk Personal Coaching.

That' why kalau boleh tolong la elakkan dari always anggap anak-anak ni sebagai penghalang untuk kita ke depan.

"Anak saya tak sihat"
"Anak saya sakit"
'Anak saya susah la nak tinggal"
"Anak saya ni kuat meragam kalau keluar rumah"
"Susahla nak bawa baby, takut dia meragam nanti"

Tu antara luahan yang sal biasa dengar setiap kali ada cubaan untuk sabotaj diri sendiri. Always je nak jadikan anak sebagai alasan untuk tertinggal kat belakang. Sedangkan sepatutnya anak ni kitaa jadikan kekuatan untuk terus ke depan.

U sukar nak capai DREAM you andaikata u tak lekang jadikan ANAK sebagai alasan untuk u tak boleh nak ke mana-mana.


Let's do the best! Premium Beautiful Expert and the kids memang tak dapat dipisahkan. Sebab tu sal suka sangat buat bisnez dua jam sehari ni. Dua jam je keje, yang selebihnya masa dengan aktiviti family and me time ;)


Jom balik. Premium Beautiful Expert dah habis duty dah. Keje dua jam je sehari.


Happy nak naik buggy ke parking.
Kalau uol nak tau, parking space kat Library Shah Alam ni mapsih dalam binaan. Jadi tempat parking yang dekat building ni memang limited. But Pihak Perpustakaan Raja Tun Uda ni ada je sediakan lot parking yang luas. Cuma jauh sikit la. Memang lencun baju kalau jalan kaki nak ke parking tu. So sebab tu disediakan Buggy untuk kemudahan pengunjung.

Baguskan Library Shah Alam ni. Dah la library cantik sangat. Kemudahan pun banyak. Makan sedap-sedap, lepas tu siap provide service buggy untuk pengunjung.







Let us make our Future now.
And let us make our dreams tomorrow's reality.

You can't change the past.
So focus on making a great future.


Jom grab peluang dapatkan FREE FITTING dan FREE CONSULTATION dari PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT KELANTAN


Jap...
Ada lagi our second date di KLIA











 Perempuan dan selfie tidak dapat dipisahkan.


Selesa sangat tiga jam tanpa sedar turunkan ilmu yang sal pun duplikasi dari mentor sal dan turunkan pada Muni. Tak tau nape makin semangat lepas buat sharing dengan Muni ni.


 Maybe sebab aura yang Muni bawa adalah aura positif. Tak rasa letih langsung lontarkan sehabis tenaga sepanjang tiga jam dengan Fighter tdari Pantai Timur ni.


 Hari yang kami jumpa ni hari selasa tau. Hari orang berkerja. Dan Muni pun memang sepatutnya kerja hari ni. Tapi demi cita-cita Muni sanggup korbankan cuti untuk naik Flight dari subuh dan turun ke KLIA 2 untuk dapatkan sesuatu yang selama ni jadi tanda tanya Muni.

Datang dengan penuh impian, Kalau nak ikutkan alasan, Muni boleh je bagi alasan. Sebab hari yang Muni nak jumpa sal ni Husband Muni demam. So boleh je untuk tak datang dan bagi reason "Sorry Kak Sal, Husband saya tak sihat la, kita postpone la ye appointment kita"

Tapi ni tak, 2 minggu awal lagi muni dah contact sal dan plan nak jumpa hari ni di KLIA.

Muni, Orang hebat macam awak pasti Allah tak kan sia-siakan usaha awak. Tak hari ni, esok lusa pasti akan tercapai impian demi impian yang muni share kan pada kak sal hari ni. I'm still touching with your sharing. Dream kak sal sekarang nak tengok Muni capai kejayaan hingga ke Puncak! Tak de Yang Mustahil bila diri sendiri dah mula NAK!







P R O M O   R A Y A
Still On untuk anda yang nak dapatkan Body Raya.


Jom Contact Munirah Kasim Sekarang!


Premium Beautiful Malaysia
Premium Beautiful Kelantan
013-5919 520





Sunday, March 29, 2015

Tsunami Premium Beautiful Kota Bharu Kelantan

Ramai orang tanya Bagaimana nak kejar impian kalau ada ketakutan dan was-was dalam diri sendiri.

Kenapa kita TAKUT?
Sebab kita tak pernah buat kan..?

Jadi Bagaimana nak buang rasa takut?
Senang je jawapan nye...BUAT, BUAT, BUAT dan BUAT!

Apa je yang kita takutkan tu, lepas kita buat, baru lah kita tau ianya tak de lah sesusah mana dan tak de apa yang menakutkan pun.

Takut hanya mainan minda kita je.
Takut asalnya dari dalam diri.
Apa je yang asalnya dari dalam, kita boleh LAWAN!
Apa yang asalnya dari juar kita boleh PILIH untuk nak respond macam mana and react bagaimana.

USE THE POWER OF YOU!!!

Congrats Aisyah Zazuri and her new business partner Hazwani Nur yang merupakan Premium Beautiful Expert kelahiran Kota Bharu, Kelantan.

Jom THROWBACK kisah bulan lepas masa pertama kali kami jejakkan kaki ke Kota Bharu Kelantan.
Orang berjaya selalu sebut, kalau nak berjaya seribu daya, kalau banyak bagi alasan tu confirm payah sikit nak ikut jejak langkah orang yang dah berjaya.

THE BEST WAY TO PREDICT THE FUTURE, IS TO CREATE IT.


Pagi sabtu kami dah melangkah keluar dengan tawakal sepenuh hati pada Allah semoga setiap perjalanan dan urusan kami dipelihara dan dipermudahkanNya.

Muka maintain legend walau semalam pack dengan aktiviti n malam tadi ada weekly class dan almost 4 am baru kami tidur.

 Sejak buat business ni sepenuh masa, pagi hari sal tak terkejar dah macam selalu. Kalau tak setiap hari pukul 5.30 dah nak kena bangun siap-siap iron baju, siapkan anak-anak, hantar pergi sekolah bagai. Memang agak menguji kesabaran jugak bila kita bekerja sambil berbusiness ni tapi kalau serius nak berjaya, pejam mata dan layankan aje la tekanan tu sekejap. Bila dah tertekan tu pastikan kita buat sungguh-sungguh dan buat pilihan yang betul.

Jangan biasa kata hidup kita ni segalanya adalah TAKDIR.
Hidup adalah pilihan! Banyak mana kita usaha, banyak tu la yang Allah akan gandakan. Kalau kita pilih untuk redha pasrah dan menyerah, memang kita juga perlu redha pasrah dan menyerah dengan segala result biasa-biasa yang kita akan dapat. Coz rezeki Allah sangattttttttt luas! Banyak kita usaha dan meminta minta, maka banyak lah yang kita akan dapat.



Okay ni antara kisah monday to friday yang biasa sal spend bila fulltime buat business ni. 
Pagi lepas subuh siapkan danisha ke Genius Aulad then bergolek dengan Muhammad Danish Shafiq yang suka buat aksi pelik (tengok gambar atas)


Tengah hari pulak after siapkan kedai online n reply segala whatsapp and inbox, sal akan hantar Damia pulak ke sekolah. Damia masuks sekolah pukul 1 petang. Then after zuhor tu terus gerak untuk aktiviti business pulak. Biasanye kalau hari sekolah ni sal akan buat appointment area-area yang berhampiran dengan Shah Alam, Puncak Alam and Bukit Jelutong je coz nak memudahkan urusan nak amik Damia balik sekolah pulak pukul 6.30 nanti.

Kalau ikutkan sal, sal tak suka sekolah petang..huhuu sebab pergerakan terbatas n banyak kena ulang alik. Tapi Damia suka je sebab boleh bangun lambat ;D

Hari ni hari jumaat so sesi pagi dah balik awal. Sementara en hubby pergi solat jumaat, sal minta dia tinggalkan sal and anak-anak kat class Damia je. Masuk class terus rasa sakit mata bila nampak banyak sampah atas lantai. Then terus minta Damia amik penyapu n sapu class sama-sama.

Alhamdulillah rajin anak mama.

Enjoy budak-budak ni bila Muhammad Danish Shafiq n Danisha ada sekali dalam class.


Muka orang tak bersalah lepas tambahkan lagi huru-hara class kakak Damia dia tadi :D

Everytime before mula class memang semua students perlu berdiri kat luar class untuk sama-sama bacakan doa sebelum class mula.

Donut and apa jenis kuih sekalipun la kat kantin sekolah ni memang sedap. Danisha siap makan sampai 6 biji dia sorang je. Sometimes sal and anak-anak akan lunch kat kantin sekolah ni coz lauk pauk dia pun boleh tahan menyelerakan.


Lepas Damia dah masuk class, weol pun dah isi perut, sal terus shot ke stokis untuk restock barang and beli items yang dah di order oleh clients. Alhamdulillah even sal jarang sangat share tentang product selain Premium Beautiful kat wall, tapi permintaan untuk product extra like Marine Essence Body Wash, Shampoo Marine Essence, BBPlus Collagen, Bio Seleza, Bio Ever, BVSM tetap ada permintaan dari lembah klang dan seluruh malaysia.


Lepas siap urusan stokis, terus ke lokasi untuk COD BBPlus and Marine Essence pada client yang pernah dua tahun lepas beli premium beautiful corset dari sal. Ni antara regular customer dah sekarang ni bila beliau always repeat order.


ni kerja Paparazi i yang sangat cemerlang. Hahahaa...snap candid pic di mana-mana je ;)


Business appointment kita hari ni adalah di Menara Amanah Ikhtiar Malaysia Bandar Sri Damansara. Alhamdulillah so far dalam bangunan ni dah ada 4 orang yang pakai premium beautiful dengan sal. In shaa Allah lepas ni nak pakaikan satu menara Amanah Ikhtiar ni pb corset. Biar semua gojes selalu dan seronok bekerja.


After amik damia balik sekolah terus shot ke TLC Center di Prima Gombak. Dan before class. berpeluang untuk duduk semeja dengan fighter from JB ni Aisyah Zazuri yang sanggup turun KL untuk serap ilmu walau perlu naik bas ekspress almost 5 jam untuk sampai ke TLCC. Memang cekal aisyah ni. Ibu anak dunia yang focus pada impian dan matlamat.


Positive things happen to positive people.

Class dah mula. Nampak tak bersungguh kami nyanyi menghayati lirik lagu. :D

Malam ni sal diamanatkan untuk jadi pengerusi majlis.

Ya Allah rasa lain nye bila hari ni dapat duduk sebaris dengan  mentor idola sal ni. Kalau dulu sal rasa tengok beliau dari jauh je. Sebab masa sal bermula beliau dah jauh sangat kepuncak jaya. Tapi hari ni alhamdulillah hasil kesabaran beliau mencanai dan membimb
ing sal, syukur tak terhingga bila apa yang beliau pernah capai dan lalui, hari ni sal turut sama merasa. Patut la beliau sesekali push kita untuk cepat bertindak. Sebab kalau lambat-lambatkan proses kejayaan tu, lama-kelamaan kita akan mudah hilang arah. 

Dan malam ni beliau merupakan spekaer utama untuk majlis ilmu di TLCC. Seperti biasa setiap kali butir bicara yang keluar dari mulut beliau semestinya adalah ayat-ayat yang boleh memukau sesiapa je yang memang focus untuk dengar ilmu jutawan beliau.


Group Photo after class.
We really love Top Leaders Circle.



Ada kisah jugak sebelum kami check in untuk tunggu kat balai berlepas ni. Kisahnya ni adalah kali pertama kami naik flight sendiri. Biasanya naik flight ada agent yang uruskan dan biasanya naik flight kami hanya untuk ke luar negara je...Tapi kali ni bila kena urus sendiri n naik pulak untuk dalam Malaysia je, so memang tak tau procedure dia macam mana.

 Ke Kota Bharu naik FireFly.
Ya Allah im so nervous everytime naik flight. Naik firefly pulak duduk betul-betul kat kipas flight. Paling ngeri bila masuk awan...hahaha kecut perut dibuatnya. Sepanjang sejam perjalanan memang non stop selawat n zikrullah coz di atas ketinggian hampir 40,000 kaki tu hanya Allah je la tempat kita bergantung.


 Alhamdulillah selamat mendarat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.
Time ni mula nak cari taxi untuk ke Tune Hotel. Tapi kami tak amik taxi dalam airport ni, kami amik kereta biasa kat luar airport ni. Confident je sebab tau niat baik in shaa Allah Allah akan bantu kita.


Agak jauh jugak rasanya nak ke Tune Hotel Dari Airport coz hari ni macam banyak je kereta kat Kota Bharu ni. Kalau tak jem rasanya dalam 15-20 minutes boleh sampai dah ke hotel. Kami janji untuk jumpa arround 3.30pm kat Tesco KB. So sempat la nak solat dulu. Jarak Tesco and Tune Hotel dalam 10 Minutes. Kami naik taxi yang memang dah standby depan hotel je. Kalau uol memang tengah survey hotel area KB ni, sal share sikit la review sal tentang Tune Hotel ni...Untuk rate harga dia hari sabtu ni, rate dia RM110

Check in pukul 2petang tapi before masuk bilik uol mesti amik remote and towel sendiri kat kaunter registration. And nanti masa nak check out pun uol kena bawa turun balik remote and towel uol tu ke kaunter.

Kalau nak guna iron pulak, just boleh guna 2 jam je bila sekali amik. Dan masa nak amik iron tu pun uol kena letak RM50 sebagai deposit. Maknanye kalau after two hours uol tak return, memang burn la duit deposit RM50 tu.


 Business Appointment bermula.


Rancak berbual sampai tak terasa dah hampir dua jam kami kat sini.

Success always comes when preparation meets opportunity.

Tahniah wani kerana tak tertunggu-tunggu untuk terus bermula. Nak berjaya cepat, mulakan cepat ;)

Hazwani Nur ni adalah seorang Guru Bahasa Inggeris di Kelantan. Dari cerita wani, dia ulang alik dari rumah ke tempat kerja dalam dua jam perjalanan. Maknanya sehari wani akan luangkan masa 4 jam atas jalan.


Sambil tu sempat kenalkan Wani dengan team TLC Kelantan yang sal aakan personal coaching kejap lagi.

Happy sangat bila sal dapat rasakan semangat membara di dalam jiwa anak muda ni.


Next day. Hari kedua di Kota Bharu.

Menu kat sini nampak menarik jugak.

Nak jugak berposing depan KB Mall. And after breakfast pukul 9 tu kami berjalan jugak sekejap dalam KB Mall tu.

Sihatnya makanan sal pagi ni. Semua ulam-ulam je.

Before balik KL breakfast dulu kat Hotel Tune Jugak. Nak pergi Jalan-jalan cari makan Kelantan tak tau kat mana nak tuju coz ada yang reccomend kan try nasi kerabu apa ntah nama dia n one more boleh try nasi ulam cikgu...Tapi ok la dapat jugak makan nasi ulam kat sini. Pun sedap jugak rasanya. Pendek kata makanan kat kelantan ni memang sedap dan murah sangat. Bayangkan nasi yang kami makan pagi ni RM5 macam tu je. Kalau uol nak try makan kat sini boleh cari restaurant Hayaki ni atas tune Hotel depan KB Mall.


Ready nak ke Airport Sultan Ismail Petra Kota Bharu, Kelantan.


Ni pertemuan kali kedua.
Kali ni Aisyah dengan penuh komitmen dan kesungguhan nya jejakkan kaki seorang diri kali kedua ke Kota Bharu untuk bantu n guide wani luaskan pasaran wani di Kelantan dan seluruh Malaysia.


Hebat Wani ni. Belum amik stok in hand lagi tapi dah ada yang sedia nak pakai premium beautiful corset ni dari beliau.


Untuk uol yang teringin nak dapatkan Premium Beautiful ni di area Pantai Timur especially di Kelantan, uol boleh contact Wani ye:

Premium Beautiful Expert Kelantan
Hazwani Nur
019-959 9622