Thanks For Your Support

Showing posts with label photoshoot. Show all posts
Showing posts with label photoshoot. Show all posts

Thursday, June 30, 2016

Photoshoot at Nabil Nadir Studio with Premium Beautiful Expert Utara

Cuti sekolah ni senang la kakak and adik nak ikut mama belajar dengan Dato Dr Fatma. Pagi ni hari khamis 2 June 2016 kami ke Surau Taman Bukit Mulia Bukit Antarabangsa. Hari ni tak de tafseer just tazkirah sempena Ramadhan yang bakal menjelma.


Best sangat bila dapat duduk kat majlis ilmu macam ni. Dato Dr Fatma kata Ramdhan ni is Intensive Care Unit of Ibadah. Bila 30 hari ni kita biasakan diri kita untuk ubah segalanya ke arah kebaikan, in shaa Allah keluar je dari ICU Ramadhan, kita akan dapat sesuatu yang baru.

Dulu tak berapa feel apa tu ramadhan. Tapi bila Allah makin dekatkan dengan orang-orang berilmu dan beraura positif ni, terus rasa BETAPA BEJSARNYA NIKMAT RAMADHAN tu sebenarnya untuk pendosa macam sal ni. Dalam bulan ni la segala rahmat Allah mudah kita dapat. Dalam bulan ramadhan ni la segala pengampunan dari dosa besar hingga sekecil-kecil zarah Allah Maha pengampun akan beri pada kita. Tapi dengan syarat bersungguh-sungguh la dalam mengerjakan kebaikkan.


Dalam bulan ramadhan ni la ada satu hari yang special di mana takdir kita boleh di ubah. Subhanallah. Ramai kan orang kita yang percaya pada takdir. Bila berlaku sesuatu yang buruk pada diri je mula la kata "Dah takdir aku" "Dah takdir, tak boleh nak ubah".... Ya Allah sebenarnya takdir boleh di ubah melalui kebaikkan amalan kita dan doa kita yang tajam dan bersungguh minta ampun pada Allah. Sebab ustazah Dato Dr Fatma pun ada kata, nak doa mudah makbul, banyakkan minta ampun dulu pada Allah.


 Dato Dr Fatma sebut dalam tazkirah tadi yang bersyukur lah dengan SAKIT Allah bagi. Sebab Spiritual kita akan jadi lebih kuat bila fizikal kita lemah. Memang betul pun, bila sakit la kita ada banyak sangat masa untuk mengadu merintih merengek pada Allah untuk bantu sembuhkan kita dari kesakitan. Sakit itu nikmat. Sihat itu pun lagi nikmat. Tapi bila di uji dengan kesakitan, jangan kita merungut sebaliknya bangkit dan terus gandakan kekuatan.


Don't be afraid of change! It's leading you to a new beginning.

Alhamdulillah happy tengok perubahan demi perubahan pada my protege yang sangat positif ni. Walau busy dengan kerja hakiki dan busy uruskan sendiri TIGA ANAK tanpa bantuan bibik, tapi semua tu tak membataskan beliau untuk transform kualiti hidup sehabis baik.

In shaa Allah impian Yanie untuk bergelar fulltime supermama akan tercapai tak lama lagi. Sebab bila ramai yang terbukti boleh buat, tak mustahil wanita cekal sehebat yanie pun akan beroleh pencapaian yang sama!


The difference between who you are and who you want to be is what you do. And what u have to do to get where u want to be. It may not be pretty or may not come easy but it is POSSIBLE!


With kak Azza ex-Elite.


 Habis majlis ilmu arround 1 pm then solat zuhur terus ke Nabil Nadir Photography di seksyen 7 Shah Alam ni. Ni kali kedua sal ke Nabil Nadir Studio ni lepas buat photoshoot dengan Mia Ziora bulan May lepas.


 Make success a habit not a goal.


 Mode orang yang masih kurang cergas kesan dari demam seminggu. Best pulak tido-tido ayam atas buai ni.


 Confidence may not bring success but it gives power to face any challenge.


Di sebalik tabir photoshoot. Sweetnye abang pun join sekali. Very sporting and very supportive.




Meriah studio ;)




Gambar sepenuhnya boleh pergi ke link PB Expert Perak ni di link kat atas ni.


 Always remember that if u fall, i will pick u up. You're are fighter dear. Just move forward.



Cute lil girl, Hanah. Pandai posing ni.


Hanah and Danisha. Dua-dua anak nombor dua.


Diorang pun dah jadi best friend forever dah pulak. Damia Hanah and Danisha.


After seharian siang ke majlis ilmu dan sesi photoshoot my dear partner di Shah Alam, malam pulak luangkan masa ke rumah my mentor.


Better spend a life with who make u happy not who u have to impress. Create a life that feels good on the inside, not one that just looks good on the outside.






Monday, May 2, 2016

Photoshoot With Mia Ziora


Perbualan di antara Intan Nurdamia @ Maisarah (5 tahun) dengan mummynya:

Mummy: Maisarah main apa tu?
Maisarah: Main butik butik.
Mummy: Butik apa tu?
Maisarah: Sara ada butik, 4 orang pekerja. 2 lelaki 2 perempuan.
Mummy: Amboi banyaknya pekerja Maisarah?
Maisarah: Semua tu model.
Mummy: Wow..butik Maisarah nama apa?
Maisarah: Ziora! (dengan spontan) ... 

Subuh 19 Julai 2014, adik Intan Nurdamia @ Maisarah pergi mengadap Ilahi setelah bertarung dengan Muscular Dystrophy. 

Dan 2 tahun kemudian, impian beliau direalisasi oleh ibunya sendiri Puan Masni Salleh.

Mohon kenalan kenalan "like" page MiaZiora (www.facebook.com/ZioraCollection). 
@miaziora

RESELLERS / WHOLESALLERS WANTED.
#MiaZiora #Shawl #InstantShawl #Handmade

<- font="" nasi="" tambah.="">





Hari ni hari Pekerja 1 May 2016. Tapi pagi-pagi lagi sal dah keluar bekerja untuk bantu cousin untuk project shawl raya MIA ZIORA. 

Makeup macam biasa, dari MUA KL kegemaran sal iaitu student Tiar Zainal, June Hazy. Sorry June, Pagi-pagi dah gegarkan rumah June untuk dapatkan sentuhan emas Professional make up sorang ni.


Behind the scene.

Yang pakai black shawl tu Founder Mia Ziora. She is my beautiful cousin Puan Masni Salleh.

En photographer yang comel tu pun my cousin jugak, Joy Rudy.

White studio ni Nabil Nadir yang punya. Bukan hakak punya tau. Hakak datang bawa badan je untuk di photoshoot bersama dua orang si cantik manis yang lain.

Next time boleh la bawa geng PB Expert shooting kat Studio Nabil Nadir ni pulak.


Almost 3 hours jugak 3 ketoi comel lote ni teman mama kat Nabil Nadir Studio Shah Alam Sekyen 7 ni. Nak bagi diorang duduk diam terutama yang hero korea tu mama wajib bawa ipad supaya dia boleh layan youtube tobot policar bagai dia tu. Tapi tu pun tak jugak, masa mula-mula tu tak duduk diam jugak Muhammad tu. Hari ni tak dapat nak tinggalkan kejap Muhammad dekat Mak sebab Mak pergi Parit Buntar so perlu la mama usung sekali budak yang sel otaknya sedang berhubung.



Ni la dia rupa lepas 8 pagi di make up kan.


Breakfast dulu kat Old  Malaya Kopitiam. Studio Nabil Nadir ni sebaris dengan kedai makan ni.


Hehee sibuk tau Budak-budak ni nak berselfie sekali. Dah la semua pun tak mandi lagi. Subuh tadi terus usung je masuk kereta. Sampai sini baru diorang semua bangun.



Sampai-sampai je terus pakai instant shawl Mia Ziora yang ni.


First time sal pakai style shawl macam ni.


Menarik jugak rasanya kalau lepas ni pakai style hijab macam ni pulak kan. Lagipun senang, pinless. Sarung kan aje dah siap.


Siap dah sesi Photoshoot.


Bergambar dengan Founder Mia Ziora dan model-model yang cecomel semua ni.


It's a wrap. Thanks kak Mas for having me.


Lunch together. 
Yang baju hitam tu Nabil Nadir. Yang Baju putih tu Joy Rudy. Dua-dua ni anak muda yang berwawasan. Salute la! Hakak dulu baya-baya uol still fikir enjoy lagi. Tak nampak pun masa depan. Huhuu. So jangan jadi macam hakak ye. Thumbs up la to both of u Nabil and Joy.



Melayan Muhammad Danish Shafiq minum. Muhammad ni kalau ikut mama pergi mana-mana confirm dia akan suruh beli any toys punya. Mesti! Asal ada sudah tak kisah la kecik ke besar.


Thank u dik min ajar Damia makan sandwich guna pisau and garfu. :D

And thank u Kak Mas belanja kami lunch.
Semoga Mia Ziora akan berkembang maju dan makin success.


Facebook and Instagram : Mia Ziora






Jom tengok koleksi Raya 2016 dari Mia Ziora Collection.

 Ada Tiga design semua nya. Dan every design got 12 colors.