Thanks For Your Support

Showing posts with label road to success. Show all posts
Showing posts with label road to success. Show all posts

Thursday, January 28, 2016

CDM Salha dan CDM Salleha



Ya Allah sekejap je rupanya masa berlalu...memang betul la kata mentor yang biar susah dua ke tiga tahun untuk selesa berpuluh-puluh tahun...

2012 tu kenangan masa dapat peluang di personal touch dengan mentor...Masa rehat bila tau mentor nak jumpa je terus say yess aje sebab tau mentor ada ratusan business partner yang lain. Jadi bila mentor sudi nak luangkan masa untuk kita, sebaik mungkin genggam peluang yang ada.

Masa ni pegi ke lokasi PT pun jalan kaki je dengan selipar asadi yang dah lebih dua tahun tak bertukar...panas terik ke hujan renyai tak perlu nak hiraukan sebab yang penting ilmu dari mentor dapat di serap sebaik mungkin.

Habis PT je mentor tolong hantar depan pejabat naik kereta beliau. Dari situ la sal mula berani berangan yang "in shaa Allah satu hari nanti aku pun pasti akan merasa ada kereta mewah sendiri...!!!"

#TakMustahilMerasaSenangLepasSabarMerasaPengalamanBersusahPayah
#MotivateDiriSendiri
www.salleharoslan.com

Saturday, March 17, 2012

kita adalah apa yang kita fikirkan!!!


Alhamdulillah masih dikurniakan kekuatan fizikal, intelek, rohani dan emosi untuk kekal di tahap sekarang. walau belum sepenuh nye mencapai kejayaan yang diimpikan tapi sikit sebanyak, banyak jugak improvement yang sy perolehi sejak menjejakkan kaki ke bidang perniagaan yang melibatkan manusia ni. pelbagai halangan, cabaran, dugaan, ujian yang dah ditempuhi. hanya Allah yang tahu pahit manis untuk seseorang tu mencapai kejayaan. tapi saya sentiasa set dalam minda yg setiap ujian yang datang tu adalah satu nikmat buat diri sendiri. bayangkan, macam mana Rasulullah kita di uji untuk mencapai kejayaan? siap di baling dengan najis, di ugut bunuh dan macam-macam lagi. sedangkan kita baru di uji dengan ujian yang tak seberapa boleh pulak cepat mengalah. ada tu pulak belum di uji lagi tapiii dia dah menggagalkan diri sendiri. so macam mana nak berjaya kalau minda asik focus pada kegagalan?


setiap apa yang dilakukan perlu bermula dari hati..!!!
setting niat tu kena betul. especially dalam dunia perniagaan. pada siapa yang focus untuk kaya wang ringgit semata-mata percayalah! sampai bila pun kita takkan kaya. sebab asas utama berniaga adalah perlu memberi nilai hidup pada orang lain dan bukan hanya pada diri sendiri sahaja.

rahsia utama untuk berjaya adalah the power of gratitude.
perlu ada rasa bersyukur dan dalam masa yang sama kena minta lebih lagi. with the right attitude, we'll reach the highest altitude with the deepest gratitude.

cuba check diri masing2 ada tak semua sifat fizikal yang Allah bagi. kalau ada, apa kata guna sebaik mungkin kelebihan dan kesempurnaan fizikal kita untuk menambah nilai hidup sendiri dan  orang lain. rezeki hanya akan datang kalau kita berusaha dan dalam masa yang sama tak lupa pada NYA. rezeki Allah tak semudah nye turun kalau kita duduk tegolek-golek depan tv dengan anak, laki atau bini.

apa je yang fikiran kita mampu bayangkan, dengan izin tuhan kita pasti mampu capai..!! nabi Muhammad S.A.W berpesan "setiap amalan itu bergantung pada niat" niat tu dalam hati dan dilahirkan melalui tindakan. apa yang kita niat, tu lah yang kita akan dapat. kalau niat untuk berjaya maka akan berjaya la hasil nye. dan kalau dah setting niat dgn ketakutan, kegagalan, kemaluan dan tak berkeyakinan maka hasil nye adalah "GAGAL"!!!

ingat!!! 
kita adalah apa yang kita fikirkan. kalau fikir boleh, confirmmm!!! boleh la jawab nye. hidup kita biar kita yang tentukan. jangan terlalu bergantung pada pendapat mereka di luar sana yang takutkan kegagalan. sebab takde kejayaan tanpa lalui kegagalan terlebih dahulu.