Thanks For Your Support

Friday, October 16, 2015

Premium Beautiful Expert at Bukit Jelutong

Hari ni ada appointment bersama Business Owner di Bukit Jelutong.

Teruja bila berpeluang untuk amik feel rumah-rumah bernilai Tujuh Angka kat Bukit Jelutong ni. Paling membanggakan adalah kebanyakkan owner rumah mewah kat sini rata-ratanya adalah melayu.In shaa Allah tak mustahil satu masa nanti Sal juga akan mula merasa duduk di kawasan kejiranan lima bintang ni.


Ingat lagi tak Business Partner sal yang pernah sal sharekan tentang beliau yang ada featured dalam Magazine Mingguan Wanita bulan September lepas? Kalau uol yang tak berkesempatan baca article beliau di Mingguan Wanita, uol boleh ke link ni Datin Qeera Dan Premium Beautiful

Berjumpa dengan wanita kaya berjaya dan humble ni merupakan satu rahmat buat sesiapa saje. Bagi Datin Qeera niat beliau untuk berniaga Premium Beautiful Corset ni bukan lah semata-mata kerana duit, tapi lebih kepada ingin berkongsi kebaikan yang beliau sendiri sudah merasainya. Akibat jatuh cinta dengan PB Corset, maka hari ni Sal menemani Datin Qeera ke rumah kenalan beliau untuk berkongsi kebaikan PB. Dan seperti biasa, bila seseorang mula memahami kepentingan product, maka mereka akan mula nampak peluang business yang ada hasil dari pemakaian Premium Beautiful.

Sewaktu berkongsi tentang PB Corset dan peluang jana pendapatan yang ada melalui Premium Beautiful ni,  client yang merupakan ahli perniagaan ni sangat teruja bila dapat tau yang business PB ni memang boleh memberi pendapatan lumayan dan memberi balik modal dalam tempoh yang tak memakan masa yang panjang.


Lepas appointment pula Sal ke sini, Zawara Coffe Bukit Jelutong untuk menikmati Machiatto Latte sementara tunggu en husband datang ambil untuk ke weekly class TLC. Best kan bila kita boleh pilih kat mana je kita nak berkerja dan bila-bila masa je nak berkerja. Cost overhead pun tak de la sampai memeningkan kepala. Sebab business ni kami hanya perlukan internet dan kenderaan sahaja. Rasanya kalau tak buat business ni pun, internet dan kereta tetap perlu di bayar tanpa ada sebarang income tambahan bulanan pun bila kita hanya duduk saja.


Lepas dinner and hantar anak-anak sekejap ke rumah in law, terus ke Dolomite centre untuk class mingguan kami. Bila berniaga ni kita tak boleh fikir kita je, sebab kita ada network yang sentiasa menjadikan kita contoh mereka dalam business ni. Jadi tanggungjawab untuk hadir ke majlis ilmu sangat-sangat lah perlu untuk dilaksankan tak kira jauh atau dekatnye kita.

Resipi untuk berjaya semua orang pun tahu. ILMU BERTINDAK RUJUK maka akan terhasil lah KEJAYAAN. Bila pincang salah satu, maka kejayaan sukar untuk datang pada kita. Alasan semuanya logic. Tak de satu pun yang tak logic. Cuma memang tak logic bila nak berjaya tapi letak alasan always kat depan.


Alhamdulillah di TLC sentiasa ada leader yang bertanggungjawab memainkan peranan untuk memastikan rakan kongsi follow track yang betul untuk sama-sama berjaya.

Kelebihan menghadiri majlis ilmu adalah: Semangat tak sempat nak luntur. Tak kisah la walau dah 100 kali belajar benda yang sama pun, tapi bila ada di majlis ilmu ni pasti akan buatkan kita tak sempat nak layan isu-isu negetif yang sentiasa ada disekeliling kita. Mahukan aura positif? Maka dekatkan lah diri di zone-zone positif. Makin kita menjauhkan diri dengan majlis ilmu, makin sukar untuk kita berjaya.


Terima kasih abang-abang PA System yang sentiasa ada untuk support kami di Top Leaders Circle.





Group Photo after class. Thank u buat semua yang bertanggungjawab pada diri sendiri dan sangat bertanggungjawab pada network dan bakal network. 

Sebagai leaders, busines ni business kita.
Jangan sentiasa ambil mudah dengan letakkan tanggungjawab sepenuhnya untuk CDM-CDM yang galas peranan kita untuk pandaikan rakan kongsi kita. Bagi yang mempunyai rangkaian network, tahniah kerana anda sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk hadir ke majlis ilmu. Ada yang datang dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor semata-mata untuk menjalankan tanggungjawab. Tanggung jawab pada diri sendiri dan tanggungjawab pada rakan kongsi.

Bila kita rasa ilmu kita dah cukup di dada, itu petanda yang sangat bahaya kerana ilmu tak kan pernah cukup. Jadi apa kata betulkan yang biasa, biasakan yang betul.



With Ainul. Thank u Ainul tak pernah miss class sejak mula berniaga.

Ni mummy Ainul dalam business ni. Her mentor. Myra.

This is our fighter Kak Ujie. Sejak jadikan class tempat charge ilmu dan semangat, tindakan dan result kak ujie sentiasa on track.


This is my beloved protege. Saf. Antara anak business penyejuk hati. Antara yang always follow dan tahu kadab berguru. Thank u saf always jadi yang terbaik.

And last but not least, this is my beloved protege also. Thank u uol sudi luangkan masa untuk sama-sama mainkan peranan dalam business ni. Buat-sorang-sorang confirm susah nak jadi, tapi bila sama-sama bergabung, in shaa Allah confirm jadi melambung-lambung.

WE NEVER DREAMED ABOUT SUCCESS.
WE WORKED FOR IT!

Thursday, October 15, 2015

Next School for Damia and Danisha : Idrissi International School

Next year 2016 Damia darjah Tiga and Danisha darjah Satu...memandangkan dua-dua dah terbiasa dengan sistem pembelajaran di Genius Aulad, so in shaa Allah next year kakak n adik sekolah kat sini ye...In shaa Allah RM30,000 siap untuk pendidikan dua orang.


Another dream come true in shaa Allah.

Fee structure untuk Idrissi International School.

Dari review my friend jaja yang dah hantar anak kat Idrissi School ni, sekolah ni memang tip top dari segi perkembangan minda dan peningkatan keyakinan anak-anak yang sedang membesar. Belajar tanpa tekanan. Yang sal tahu, Idrissi School ni kesinambungan dari Pre School Genius Aulad. Memandangkan sal selesa sangat dengan cara pembelajaran Damia and Danisha di Genius Aulad, jadi in shaa Allah tahun 2016 mereka berdua akan di tarbiyahkan di Idrissi International School di Setia Alam ni.





Nak tahu detail tentang Eco-Islamic School ni boleh la click website Idrissi School
 kat atas ni ye ;)

Untuk fee sekolah ni, setahu sal yuran dia ada bayaran untuk tiga penggal. 
So uol boleh refer schedule kat atas.

Wednesday, October 14, 2015

Salam Maal Hijrah 2015

Hijrah is about change. It is about repentance. It is about transformation. It is about reforms. It is about renaissance. Hijrah is more than just about changing your place of abode to a new address.

Wish all my Muslim brothers and sisters a blessed Maal Hijrah. May Allah shower us with rahmah and berkah throughout our lives,Insya Allah..


#PremiumBeautifulExpertMalaysiaSingaporeBrunei

Saturday, October 10, 2015

Make today great

Sesi photoshoot with DDM Farhana's group. Thank u atas jemputan uol. Photoshoot bersama almost 20 TLCian from CDP under DDM Farhana Ramli.

Let's Make today great!


Makeup by my dear sis June Hazy. Thank u June. Kak Sal suka cara june make up. Ringan dan tak sarat.

Hari ni Triple D pun akan photoshoot jugak so dari pagi sampai habis urusan studio mama bawa Damia Danisha Danish sekali.

Shoot from 12 until 5pm. After that terus ke KL Festival untuk dinner anak beranak di Kenny Rogers. Teringin nak makan ayam panggang.

Dan after that ke special meeting with multimillioanire CDM Haji Azlan Deraman.

Untuk meeting ni sal ditugaskan untuk jadi pengacara majlis.

Perkongsian dari CDM Alfaath.

Slot yang ditunggu-tunggu dari CDM Azlan.

Slot panas dari CDM Salha

Abang-abang sado pun alhamdulillah take part jugak untuk special meeting malam ni.

Tuesday, October 6, 2015

Berapa perlu bayar untuk berjaya?

Semua orang nak berjaya. Nak sebut perkataan "saya nak berjaya" tu memang mudah sangat. Sesiapa pun boleh sebut. Tapi untuk meralisasikan kejayaan tu hanya yang sabar dan sanggup berkorban je yang akan mula merasai hasil dari apa yang mereka semai. Nak berjaya, memang perlu semai keSABARan. Bukan mudah nak senang tapi percayalah yang ianya sangat tak mustahil. Nak pulak untuk anda yang bergelar :
Ibu
Anak
Pekerja
and in the same time buat business.
Jadi cabaran memang tak putus-putus datang. 

Setiap kesulitan pasti ada jalan penyelesaian. Bila datang cabaran, Allah tak suruh kita bersusah payah fikirkan jalan penyelesaian, apa yang kita perlu buat hanya solat dan meminta-minta padaNya. Banyakkan menjemput rezeki dari terlalu leka mencari rezeki. Solat dan sedekah antara kaedah terpantas dan paling berkesan menjemput rezeki. Tak perlu tunggu kaya baru nak memberi, tapi mulakan je dengan apa yang ada.

Entry kali ni Sal nak share pengalaman masa mula berniaga dulu. Sal mula berniaga empat tahun lepas dalam keadaan yang masih berkerja. Memang penat buat kerja ofis dan dalam masa yang sama berniaga dan tiada pembantu untuk uruskan kerja rumah dan anak-anak. Kalau ikutkan hati, memang tak nak pun berniaga sebab tak minat! Tak suka berniaga ni sebab sal nak benda yang mudah-mudah je. Tapi sebenarnye hidup ni bila kita ambil mudah, banyak kesusahan yang mula kita hadapi. Paling susah adalah dari segi masa dan kewangan. Tak kan ada perubahan masa dan wang ringgit bila kita always amik mudah untuk tak nak berusaha dan tak sanggup bersusah payah untuk lebih selesa di masa depan.

Ni antara memori kami anak-beranak sepanjang sal berniaga. Kedai kami adalah internet je. Tak perlu sewa kedai, tak perlu susah-susah bayar bil pejabat, tak perlu susah-susah hire pekerja...

Boleh dikatakan sepanjang masa sal nak anak-anak sentiasa ada depan mata. Tu yang sampai sanggup usung anak setiap kali ada urusan business yang perlukan kami keluar rumah. Tak sampai hati rasanya nak selalu tinggalkan anak-anak suruh mak jagakan. Ye la just imagine tiga orang anak dengan pelbagai ragam, nak pulak mak dah tak berapa larat nak bangun duduk. Jadi biarlah kami suami isteri yang berpenat dengan mereka. Anak sendiri, jadi pandai-pandai la jaga. Sal pun ada terdengar semalam kat radio ikim yang tak patut sebenarnye seorang anak tinggalkan anak-anaknya pada orang tua mereka, sedangkan mereka keluar bekerja untuk mencari duit atau rezeki walaupun mak tu kata TAK APA. 

Ni tahun 2013 masa ni Danish tak pandai berjalan lagi. Masa ni mama ada class kat TLC Centre dari pukul 2 sampai pukul 6petang. Bayangkan berejam en suami dan anak-anak berkampung dalam kereta. Tapi Alhamdulillah diorang sendiri happy bila always ada mama n ayah depan mama. Ala.....duduk dalam kereta aje pun. Bukan nye kena duduk kat tepi-tepi jalan pun kan ;)


Ni pun masa tahun 2013.
Masa mama ada class kat Batu Caves.

Ni tahun 2014 masa mama tengah bantu rakan kongsi pergi fitting Premium Beautiful dan buat business sharing.

Ni pun tahun 2014 jugak.
Siap beli tilam yang boleh pasang kat kereta tu.


Ni Muhammad Danish Shafiq yang tertido kat surau class TLC. Ni awal tahun 2014. Penat main dengan kakak-kakak la tu sampai tertido macam ni. Tapi Muhammad memang jenis suka tido bersepah macam ni. Kalau kat rumah pun dia akan tido kat mana-mana je ikut mata dia.


Ni sal dalam patang tahun 2013.
Bila dah biasa pergi class, dia jadi habit tau sampaikan lepas sebulan bersalin terus nak jugak datang class serap aura dan semangat.


Jadi,
Berapa perlu bayar untuk berjaya?
Bayar dengan pengorbanan je...
Semua manusia yang berjaya adalah mereka yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit mereka dulu...Nilai pengorbanan tak terhitung harganya...
Buang rungutan! 

"Saya tak de masa"
"Saya penat"
Etc.
Alasan dan rungutan tu la sebenarnye PEMBUNUH IMPIAN SENDIRI!

Menitik air mata tengok semula gambar ni...masa ni sal masih dalam pantang...masih bekerja...masih ada hutang keliling pinggang lagi dan masih tak berapa kuat nak handle tekanan dari manusia negetif...Tapi yang sal tau, sal ada family, ada mentor dan ada Allah yang sentiasa membantu...
Alhamdulillah hari ni 360 darjah semua berubah...‪#‎TimeFreedom‬‪#‎FinancialFreedom‬ dalam genggaman...All praise to Allah...
Anak sal makin membesar hari ni, makin besar mereka, makin besar belanja...makin besar mereka, makin besar cabarannye...Alhamdulillah saat ni 24 jam anak depan mata...Alhamdulillah hari ni segala hajat anak dapat ditunaikan tanpa mereka menangis sedih meminta-minta...Alhamdulillah...




Alhamdulillah tahun 2015 tempat tido anak dah di upgrade.

Setiap kali naik kereta ni confirm tido. Sampai meleleh air liur basi. Masa ni Muhammad ikut mama jumpa rakan kongsi untuk personal touch session di Nilai.


Hasil pengorbanan yang dah dilakukan, hari ni alhamdulillah Sal happy sangat bila impian nak BEBAS MASA dan ada masa 24Hours dengan anak-anak dah jadi kenyataan. Sal boleh pilih masa sendiri untuk bekerja tanpa terikat dengan tugasan pejabat.


Happiness is a Choice.
Pilih je kita nak happy yang macam mana. Dreams sal memang nak jadi suri rumah berkerjaya dengan income lima angka sebulan.


Dream sal jugak nak kan life yang kita tak rasa terbeban dengan kenaikkan harga barang. Masa ni kat KLIA. Nak jumpa Rakan kongsi jugak. Ni pun antara dream sal, kalau nak parking kat tempat sesak, sal nak parking kat Valet parking je. Tak kisah lah kena bayar sejam RM20 pun asalkan dekat dengan main entrance.

Dream sal jugak nak pegang salji kat europe. Alhamdulillah berjaya impian tu. Dapat pergi FREE Austria, Hungary, German, Dubai tanpa keluar duit sendiri.


Dream sal jugak...Nak bebas masa tengok movie dengan anak-anak di hari orang lain bekerja. Kalau weekend sesak, so better kita enjoy movie on weekdays.

Dream paling utama, nak hantar anak pergi dan balik sekolah hari-hari. Masa ni Damia ada majlis hari raya kat sekolah. Tu yang pakai baju biasa. Siap nak pakai tudung macam mama katanye.


Another dreams. Nak anak-anak happy dapat masuk playground yang ada macam-macam mainan setiap kali mama ada appointment fitting or sponsoring client. RM38 per head untuk sepanjang hari. Dulu RM8 pun sal fikir 100 kali nak keluarkan. Tapi sekarang Alhamdulillah anak-anak sampai boring dah nak duduk dalam ni.

Another dreams... Nak bersenam kat tasik di hari orang bekerja. Dulu tak de masa nak sihatkan nadan dengan aktiviti keluarkan peluh. Tapi sekarang Alhamdulillah tiga kali seminggu sal akan ke tasik atau masuk ladies gym.

Time Freedom with kids.

Kidzania paling best pergi adalah masa bukan cuti sekolah. Coz boleh elak sesak n tak cukup masa nak spend kat dalam ni.

Rasa nak makan seafood kat tepi laut masa ni. So tanpa fikir banyak husband terus bawa ke area Morib.

Mother's day kami jatuh pada setiap hari. :D

Dengan mama sekali lencun sebab kena terjun kolam selamatkan Muhammad yang dah tertonggeng masuk kolam.

Mama always choose shopping mall setiap kali appointment. Sambil berkerja sambil shopping. 

Dreams nak celebrate birthday anak kat private playground.




Dreams nak breakfast selalu dengan anak-anak di hari biasa.

Meaning, nak capai apa yang kita nak, basic dia kita just perlu ada IMPIAN je. Tak kisah la apa pun dreams kita asalkan terus tarik impian kita. Macam sal memang impian sal besar terhadap anak-anak. Sal nak spend banyak masa dengan anak. Sal nak anak-anak selalu ada depan mata sambil bebas memenuhi keperluan anak-anak tanpa sekatan wang ringgit. Sal dah pernah rasa membesar dalam keadaan serba biasa. Dah pernah biasa makan nasi dengan kicap je masa kecik-kecik walaupun tu bukan la my favourite food pun telo and kicap tu. Tapi Alhamdulillah sebab pengalaman hidup macam tu la yang buatkan rasa bersyukur dengan peluang yang Allah berikan dalam hidup. Allah bagi kita serba kekurangan dulu supaya kita tau bersyukur dan meminta-minta padaNYA and in the same time akan buatkan kita tau hargai orang lain di waktu kita mula senang.

Bukan senang nak senang tapi ianye adalah sangat tak mustahil. Nothing impossible bila kita sendiri NAK berjaya.

Setiap kali datang cabaran dan halangan kuatkan diri untuk ingat semula apa niat kita untuk berjaya. Hanya yang always positif je yang akan makin ke depan. In shaa Allah semoga kita semua berjaya merealisasikan impian kita dunia akhirat.





Friday, October 2, 2015

Thursday, October 1, 2015

Was Born To Be Somebody



Words are powerful...Why not use them to lift someone up today instead of knocking them down.

#BornToBeSomebody
#Friendship
www.salleharoslan.com